in

Program Masakan Sempena Ramadan di RTM

4 PROGRAM MASAKAN : SAJIAN RAMADAN BERSAMA CHEF WAN, ULI-ULI AIDILFITRI BERSAMA CHEF NAZRI REDZUAWAN, DIET @ RAMADAN DAN ANEKA RASA RAMADAN

Ketibaan bulan Ramadan pada saban tahun membawa sinaran yang menyerikan kehidupan umat Islam. Sebagai penghulu segala bulan, syafaat dan berkat yg dibawa oleh bulan Ramadan tidak terbanding tinggi nilainya berbanding bulan-bulan biasa. Oleh itu, program-program masakan dilihat membantu masyarakat menyediakan sajian berbuka puasa yangg seimbang untuk amalan di bulan Ramadan disamping mempunyai kepelbagaian citarasa untuk dicuba oleh penonton.       

Justeru RTM menjanjikan 4 program masakan istimewa, Sajian Ramadan Bersama Chef Wan (mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 11.00 pagi), Uli-Uli Aidilfitri Bersama Chef Nazri Redzuawan (mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 11.30 pagi), Diet @ Ramadan (mulai 24 Ogos 2009, Isnin hingga Ahad, jam 6.30 pagi) dan Aneka Rasa Ramadan (mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 10.00 pagi).

Berkonsepkan sajian sihat dari negara-negara Islam seluruh dunia, Sajian Ramadan Bersama Chef Wan membawakan hidangan menepati pelbagai selera dari negeri-negeri berbilang budaya di Malaysia. Selain itu, variasi hidangan berbeza dari negara-negara Islam seperti di Timur Tengah juga turut di muatkan dalam rancangan ini. Untuk memberi lebih pengetahuan dan pengalaman menarik kepada penonton, restoran-restoran yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang menyajikan hidangan masakan dari Negara Timur Tengah juga turut dipaparkan. Dengan mengketengahkan 1 hidangan dari Negara Timur Tengah dan 1 hidangan tempatan yang enak dan mudah untuk dipelajari tip-tip dan petua memasak dan pemilihan bahan makanan yang baik dan sihat turut diselitkan dalam salah satu segmen rancangan ini. Keunikkan hiasan dalaman, ukiran-ukiran Khad serta susun atur restoran-restoran ini juga turut dipaparkan untuk menarik minat para penonton supaya datang berkunjung sambil menikmati kelainan rasa sajian Timur Tengah ini.

Rancangan 13 episod yang dihostkan oleh Chef terkenal tanahair (Chef Wan) ini juga menjemput chef-chef selebriti lain seperti Chef Zaidah Mohd Noor, Chef Zamzani Abd Wahab, Chef Florence Tan, Chef Celine Merbeck, Chef Sabri Abu Hassan, Chef Liza Zainol dan juga anak Chef Wan sendiri iaitu Chef Riz bersama-sama menyumbang idea dan resipi untuk dikongsikan bersama penonton.

Menyusul program masakan yang akan dipersembahkan secara santai dan bersahaja, Uli-Uli Aidilfitri Bersama Chef Nazri Redzuawan yang menampilkan hos, Chef Nazri Redzuwandan tetamu undangan, Safura, Maimon Talib, Normala Omar, Farah Putri dan Nadia Mustafa dimana pada setiap segmen yang akan memasak tiga [3] jenis kuih iaitu satu kuih tradisi dan dua masakan moden iaitu kek dan biskut raya. Demo masakan pertama akan menjalani penggambaran di dapur artis di mana artis akan menyediakan resipi biskut raya. Demo masakan kedua akan dilakukan secara indoor iaitu di dalam studio bersama chef selebriti. Chef selebriti akan menyediakan resipi kek raya. Manakala segmen ketiga akan dilakukan di rumah tetamu undangan sama ada di halaman rumah ataupun di dapur. Tukang masak terdiri daripada makcik-makcik di kampung yang mahir dalam memasak kuih tradisional. Rancangan ini akan memuatkan resipi masakan kuih tradisi dan moden dengan lengkap dan penuh informasi.

Tanpa mengetepikan kepentingan diet dalam pemakanan masyarakat negera kita, RTM turut membawakan program Diet @ Ramadan yang tampil dengan segmen info antaranya memaparkan mengenai Puasa dan Aspek kesihatan. Dalam episod ini info di samping suara latar serta gabungan visual dan grafik akan menerangkan mengenai penggunaan tenaga untuk proses metabolisme dalam badan semasa bulan puasa dan masalah kesihatan yang sering timbul semasa berpuasa. Seterusnya, diikuti dengan segmen Rambang Mata yang mana beberapa orang rakyat Malaysia akan ditemuramah mengenai cara pemakanan mereka di bulan puasa. Seterusnya, seorang pakar pemakanan akan memberi ulasan berkenaan cara pemakanan orang Malaysia. Segmen seterusnya akan menunjukkan demotrasi masakan daripada chef terkenal Malaysia iaitu Chef Kamarul. Manakala dalam segmen terakhir, seorang doktor akan ditemubual membincangkan tentang penyakit Jantung Kordinari dan kesan penyakit ke atas individu yang menjalani ibadah puasa.

Selain itu, penonton juga berpeluang mencuba resipi menarik antaranya, Nasi Tarjine Ikan Jenahak, Paru Masak Cili Berempah, Kerutub Ayam Bulu Balik, Gulai Kawah Rebung Masam, Nasi Lobak Merah, Otak-otak Dedaun Tenggiri dan Ketupat Jagung Bermadu menerusi Aneka Rasa Ramadan, rancangan 13 episod yang memaparkan kepada penonton tentang penyediaan masakan yang sesuai untuk hidangan ketika berbuka puasa. Menampilkan Chef Liza sebagai pengacara dengan tetamu jemputan, Haryati Hamzah, Zul Yahya, Kuza, Kismah Johar, Acong (Sweetchild), Nor Albaniah dan YBhg. Dato Osman Salleh.

Justeru kepada anda yang ingin mencuba pelbagai resipi menarik sambil mementingkan aspek kesihatan usah ketinggalan menonton Sajian Ramadan Bersama Chef Wan (mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 11.00 pagi), Uli-Uli Aidilfitri Bersama Chef Nazri Redzuawan (mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 11.30 pagi), Diet @ Ramadan (mulai 24 Ogos 2009, Isnin hingga Ahad, jam 6.30 pagi) dan Aneka Rasa Ramadan (mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 10.00 pagi).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari-dokumentari Menarik Merdeka Di TV1

Drama Sempena Hari Merdeka di TV2