in ,

Drama Nur Kasih Lakonan Remy Ishak

Masih adakah lagi perkahwinan yang diaturkan pada zaman moden ini? Kerana menurut kata ayahnya, Aidil terpaksa berkorban apabila ayahnya menjodohkan adiknya Adam, dengan gadis yang dicintainya, Nur Amina. Adam pula terpaksa menurut walaupun dia mencintai gadis lain. Nur Amina juga terpaksa menurut walaupun dia bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran. Kerana orang tua, 3 jiwa menderita. Apakah yang terjadi selanjutnya?  

Inilah yang akan dipaparkan melalui siri ‘Nur Kasih’ yang bakal menemui penonton-penonton TV3 mulai 29 Mei 2009. Siri ini bakal men am pilkan pelakon-pelakon hebat seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Fizz Fairuz, Remy Ishak, Tiz Zakiah, Liza Othman, Sharifah Sofea dan Ummi Nazeera.

Saksikan Remy Ishak dalam Nur Kasih

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

F&N Launches Freestylz Show Your Moves A Street Dance Competition

Liyana Jasmay di Giant Tambun, Perak