in ,

Drama Journey To The West Catat Rating Lebih 1 Juta Penonton

DRAMA POPULAR JOURNEY TO THE WEST CATAT RATING LEBIH 1 JUTA PENONTON

Saluran hip 8TV telah berjaya meningkatkan kedudukannya menerusi drama popular Journey to the West yang julung-julung kalinya ditayangkan di Asia. Pembikinan semula cerita klasik Cina kurun yang ke-19 yang mula disiarkan pada 3 Januari 2012 telah mencapai ‘rating’ tertinggi melebihi 1 juta penonton!

Journey to the West mengisahkan tentang seorang Buddha bernama Tang Sanzang yang memulakan perjalanan ke Barat, bertujuan untuk mendapatkan sebuah kitab suci Buddha yang dikenali dengan nama kitab ‘Budha Sutra’. Perjalanan Tang ditemani oleh tiga muridnya iaitu Sun Wukong yang merupakan ’Raja Monyet’, ‘Pigsy’ dan Sandy. Ikuti perjalanan mereka dalam misi mendapatkan kitab ‘Buddha Sutra’ yang pastinya menghiburkan dengan pelbagai aksi mencuit hati ditunjukkan dalam mengharungi cabaran dan rintangan yang dihadapi mereka. Kisah mitos ini juga menampilkan sejarah dan budaya tradisional di negara China.

Menghidangkan variasi program-program Cina terbaik tempatan dan antarabangsa merupakan salah satu resepi 8TV berjaya menarik ramai penonton. Teruskan menonton Journey to the West yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam hanya disaluran hip 8TV!

“Di 8TV, penilitian yang kritikal dan penekanan yang serius dalam pemilihan rancangan dijalankan demi memenuhi permintaan para penonton yang mahukan hanya yang terbaik dari kami. Sempena meraikan kejayaan Journey to the West, 8TV telah bekerjasama dengan Touch n’ Go mengeluarkan edisi khas Journey to the West dan anda berpeluang memenangi hadiah menarik ini dengan hanya menjawab soalan mudah dan menonton drama Journey to the West dari 26 Mac hingga 4 April,” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV & ntv7.

Para penonton akan disajikan dengan pelbagai bentuk hiburan serta informasi, malahan 8TV bakal membariskan pelbagai lagi rancangan yang terbaik yang menepati selera penonton setia kami. Lebih baik, lebih meriah. Itulah misi kami.

Penonton juga boleh menonton rancangan kegemaran anda di www.8tv.com.my / www.tonton.com.my serta ikuti kami di laman sesawangwww.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

JTTW

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Untuk Sertai Hot Chef Musim Ke-3

Celebrities Fashionistas Treated To A Stylish Night At Pavilion Pit Stop