in

Drama Bersiri Popular Marry Me Marry

Demam K-pop di 8TV

Antara jutawan dan penyanyi ‘hippie’ Siapa menjadi pilihan Mary?
Marry Me Mary
Tarikh siaran: 18 Jun – 1 Oktober 2011
Hari: Sabtu
Masa: 6.30 petang – 8.00 malam
Episod: 16 x 90 minit

Demam K-pop kini melanda peminat-peminat di Malaysia! Tidak dapat dinafikan kebanjiran artis-artis Korea di negara kita semakin meningkat. Lagu-lagu mereka berkumandang di radio-radio, drama dan filem Korea kerap disiarkan di kaca televisyen dan kisah-kisah mereka setiasa memenuhi dada-dada akhbar dan majalah.

Berita baik untuk peminat K-pop dan penonton setia 8TV, kami mempersembahkan bintang pujaan ramai Jang Geun Suk dalam drama bersiri popular Korea Marry Me Marry secara PERCUMA hanya di 8TV!

Marry Me Marry akan menemui penonton dalam slot popular Hito Idol setiap Sabtu jam 6.30 petang bermula 18 Jun 2011 hanya di saluran hip 8TV! Dibintangi oleh bintang-bintang popular Korea antaranya Jang Geun Suk, Moon Gyun-Young, Kim Jae-Wook dan Kim Hyo-Jin drama bersiri ini wajib ditonton oleh semua penggemar drama-drama Korea!

mary_v1

Diadaptasi dari komik popular internet ‘Maerineun Uibakjoong’ hasil ciptaan Won Su-Yeon, drama komedi-romantik ini berkisarkan tentang kehidupan gadis ceria bernama Wi Mae Ri dan bapanya Wi Dae Han yang sentiasa lari daripada pemungut hutang. Suatu hari Mae Ri terserempak dengan jejaka kacak Kang Mu-Gyul seorang vokalis dan pemain gitar sebuah kumpulan rock ‘indie’. Mereka kemudiannya mula berkawan rapat dan masing-masing mula menaruh hati antara satu sama lain.

Dae Han yang dibebani hutang telah diselamatkan oleh rakan lamanya Jung Suk dengan satu syarat Mae Ri perlu berkahwin dengan Jung In yang merupakan anak tunggal Jung Suk. Mae Ri yang marah dengan tindakan bapanya telah meminta pertolongan dari Mu-Gyul untuk menyamar sebagai suami beliau. Namun, Mae Ri tidak mempunyai pilihan kerana bapanya telah mendaftarkan perkahwinan beliau dengan Jung In.

Jung In meminta Mae Ri memberi peluang kepada mereka berdua untuk mengenali hati budi masing-masing dan menjalani kehidupan sebagai suami isteri selama 100 hari dan selepas itu Mae Ri berhak untuk memilih untuk terus hidup bersama sebagai suami isteri atau berpisah.

Pada masa yang sama Mu-Gyul mula jatuh cinta dengan Mae Ri dan mendapati beliau terpaksa bersaing dengan Jung In untuk memenangi hati Mae Ri. Adakah beliau akan berjaya memenangi hati Mae Ri? Mampukah beliau bersaing dengan Jung In yang merupakan presiden sebuah syarikat rakaman dan penerbit drama yang berjaya di Korea?

“Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk memenuhi permintaan penonton setia kami. Bagi peminat K-pop kami membawakan drama bersiri popular Korea Marry Me Marry khas untuk tontonan anda!” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Airin menambah “Saya percaya drama yang dibintangi oleh bintang-bintang popular Korea Jang Geun Suk dan Moon Geun-Young ini pasti membuat anda melekat terus di kaca televisyen masing-masing.”

Apakah yang bakal terjadi kepada Mae Ri? Adakah Mu-Gyul atau Jung In yang menjadi pilihan Mae Ri? Saksikan kesudahan drama bersiri Marry Me Marry yang akan menemui anda setiap Sabtu bermula 18 Jun 2011 jam 6.30 petang hanya di saluran hip 8TV.

Tontoni program-program kegemaran secara PERCUMA eksklusif di 8TV. Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro 708. Kini anda juga boleh menonton program-program menarik menerusi laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau m.tonton.com.my menerusi telefon bimbit anda.

MarryMeMary_Jang

MarryMeMary_Moon

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nostalgia Malar Segar Imbau Kenangan di TV1

MCMC-ISP Blockade Of Pirate Websites Crucial