in , ,

Drama Bersiri BUKAN LELAKI TERHEBAT LAKONAN Adam Lee & Sweet Qismina

Adam Lee Dan Pasangannya, Sweet Qismina Mengajar Erti Cinta Di Slot Samarinda!

Sesebuah pertemuan itu tercipta tanpa ada yang meminta, begitu juga dengan takdir Jaden Haqeef yang telah ditemukan dengan Seri Dhia di kebun getah milik atuknya, Pak Samad. Kehidupan Jaden berubah setelah mengenali keluarga Pak Samad kerana ia amat berbeza dengan kisah hidup lalunya. Adakah Jaden dapat mempertahankan kehidupan baharunya?

Drama bersiri 15 episod terbitan Orangetree Production Sdn Bhd ini merupakan kisah yang diadaptasikan daripada novel Bukan Lelaki Terhebat karya Dilla Ahmad. Bukan Lelaki Terhebat bakal menemui penonton di TV3 menerusi slot Samarinda mulai 26 Januari 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam. Anda turut boleh strim di iQIYI 1 jam selepas siaran TV.

Drama Bersiri BUKAN LELAKI TERHEBAT LAKONAN Adam Lee & Sweet Qismina

Diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan penghasilan skrip oleh Zarihah Hassan. Drama ini menampilkan barisan pelakon yang hebat seperti Adam Lee, Sweet Qismina, Halim Radzi,  Harissa Adlynn, Ameerul Asyraf, Zarina Zainuddin, Omar Abdullah dan ramai lagi. 

Jaden (Adam Lee) merupakan seorang anak yatim piatu dan bekerja sebagai pengawal peribadi Datuk Samsul Azri. Suatu hari, Jaden telah diserbu oleh Datuk Samsul Azri kerana Jaden didakwa menjalin hubungan dengan perempuan simpanan beliau iaitu Ariana (Anies Hann). Jaden dibelasah teruk sehingga cedera parah lalu dicampak ke kebun getah milik Pak Samad (Omar Abdullah).

Drama Bersiri BUKAN LELAKI TERHEBAT LAKONAN Adam Lee & Sweet Qismina

Sejak kejadian itu, kehidupan Jaden di kampung telah ditampung oleh Pak Samad dan Seri Dhia (Sweet Qismina) termasuk makan minumnya. Jaden akhirnya jatuh cinta dengan Seri Dhia. Pertunangan Seri Dhia dan Dr. Iqram terbatal apabila Puan Zalina, ibu kepada Dr. Iqram telah menuduh Seri Dhia ada hubungan cinta dengan Jaden. Seri Dhia kesal dengan perbuatan Dr. Iqram yang menelan pertuduhan itu bulat-bulat.

Setelah empat bulan Jaden dan Seri Dhia berkenalan, mereka meluahkan perasaan cinta mereka terhadap satu sama lain dengan hati yang terbuka. Dalam kemanisan pasti ada terselit kepahitan, keadaan menjadi semakin rumit apabila fitnah antara Seri Dhia dan Jaden tersebar seluruh kampung walaupun Jaden telah berpindah di Homestay Pak Samad. Dapatkah Jaden dan Seri Dhia pertahankan cinta mereka saat diuji? Berjayakan Jaden menjadi lelaki terhebat buat Seri Dhia?

Drama Bersiri BUKAN LELAKI TERHEBAT LAKONAN Adam Lee & Sweet Qismina

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Bukan Lelaki Terhebat menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. 

Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48 jam selepas.

Drama Bersiri BUKAN LELAKI TERHEBAT LAKONAN Adam Lee & Sweet Qismina

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai peningkatan pengguna lebih daripada 15 kali ganda. 

Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQIYI juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan aktif bulanan, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

8 Hari Tayangan, Filem SAKRA Raih Kutipan Melebihi RM 3.2 Juta 

Malam Bulan Bintang di Axiata Arena Tampilkan Penyanyi Tersohor