in , ,

8 Hari Tayangan, Filem SAKRA Raih Kutipan Melebihi RM 3.2 Juta 

Filem Aksi Wuxia Donnie Yen Mencatat Kutipan Tertinggi Melebihi Rm 3.2 Juta Dalam 8 Hari Tayangan Di Tahun Baru Cina 2023.

Di awal tahun baru 2023, satu berita gembira telah dihadiahkan kepada pengedar filem tempatan Lotus Five Star apabila filem edaran mereka SAKRA yang dibintangi oleh bintang antarabangsa Donnie Yen telah meraih kutipan tertinggi melebih RM 3.2 juta dalam masa 8 hari tayangan sejak 16 Januari lalu. 

Filem Sakra, didaptasikan daripada Demi-Gods dan Semi-Devils Jin Yong, diterbitkan, diarahkan dan dilakonkan oleh Donnie Yen, baru-baru ini beliau telah berada di Malaysia bagi menjayakan sessi promosi dan jelajah filem SAKRA.

Sakra 1080 x 1080_box office (English)

Sepanjang jadual penjelajahannya, Donnie Yen disokong hebat oleh peminat kesayangan yang hadir di pelbagai acara sessi bertemu peminat, malam Tayangan Gala dan malam Tayangan Khas Peminat disamping beliau turut berkongsi menceritakan pengalamannya di sebalik pembikinan filem SAKRA.

Dengan sambutan yang begitu luar biasa, filem SAKRA telah berjaya memecah kutipan pecah panggung Tahun Baru Cina dengan meraih kutipan tertinggi di Malaysia setakat 22 Jan lalu. 

Diedarkan oleh Lotus Five Star dengan rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing, filem wuxia blokbuster SAKRA kini sedang ditayangkan di pawagam Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aniq Suhair

Drama Romantik Komedi LIFE LILA Lakonan Shasha Abedul, Aniq Suhair

Drama Bersiri BUKAN LELAKI TERHEBAT LAKONAN Adam Lee & Sweet Qismina