in , ,

Malam Bulan Bintang di Axiata Arena Tampilkan Penyanyi Tersohor

Rai Peminat, Bulan Bintang Anjur Konsert Berskala Mega Di Axiata Arena, Bukit Jalil

Bulan Bintang sebagai sebuah jenama pakaian terkemuka di Malaysia buat julung kalinya akan menganjurkan sebuah konsert berskala mega pada hari Sabtu, 4 Mac 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Program yang bertemakan konsert muzik Islamik kontemporari ini bakal menampilkan artis-artis terkemuka tanah air dan antarabangsa seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ M. Nasir, Salammusik, Raihan ft Alif Satar & The Locos, Faizal Tahir, Sabyan serta penyanyi dan penulis lagu dakwah Indonesia, Opick.

Malam Bulan Bintang di Axiata Arena Tampilkan Penyanyi Tersohor

Lebih menarik lagi, kesemua persembahan pada malam tersebut akan diiringi oleh kumpulan orkestra diketuai oleh Chaan, bermula dari 8.30 malam sehingga 12 malam. Sesi perkongsian Ramadan daripada penceramah undangan juga akan turut diselitkan di antara persembahan artis.

Axiata Arena adalah pilihan yang tepat sebagai lokasi konsert Malam Bulan Bintang kerana persediaan pentas dan tempat duduk yang bersudut 360 darjah pastinya akan memberi pengalaman yang lebih peribadi dan dekat buat penonton serta artis-artis yang membuat persembahan pada Malam Bulan Bintang nanti. 

Bukan itu sahaja, dengan sistem bunyi 360 darjah yang disediakan, konsert Malam Bintang pastinya akan memberikan anda pengalaman bunyi yang berkualiti tinggi dan mengasyikkan.

Malam Bulan Bintang di Axiata Arena Tampilkan Penyanyi Tersohor

Menurut pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi atau lebih mesra dipanggil Meri, Malam Bulan Bintang bakal membawakan muzik-muzik Islamik kontemporari yang diiringi oleh band orkestra terkemuka ke halwa telinga penonton. Konsert ini menyasarkan audiens yang mempunyai gaya hidup moden dan urban, berumur sekitar 25 hingga 40 tahun.

https://youtu.be/-DH_-Ee5tGQ

Menurut beliau lagi, objektif konsert Malam Bulan Bintang adalah untuk melangkah keluar dari zon selesa dan ingin tampil berbeza berbanding jenama tempatan yang lain.

Malam Bulan Bintang pastinya akan menjanjikan kelainan kepada sesiapa sahaja yang hadir kerana ia bakal menggabungkan persembahan antarabangsa dan tempatan yang bertaraf dunia yang turut dimeriahkan dengan ensembel muzik orkestra. 

Tiket boleh dibeli secara online di www.ticket2u.com.my dan harga tiket jualan bermula dari Early Bird (Silver): RM49, Silver: RM99, Gold: RM119, Platinum: RM149 dan VVIP: RM199

Ikuti @malambulanbintang dan @bulanbintanghq di semua platform media sosial untuk lihat perkembangan dan update terkini.

Malam Bulan Bintang di Axiata Arena Tampilkan Penyanyi Tersohor

Latar belakang Bulan Bintang

Jenama Bulan Bintang bermula pada tahun 2016 dengan matlamat untuk menyediakan reka bentuk minimalis bagi pakaian tradisional mereka sambil mengekalkan adat dan tradisinya.

Bulan Bintang bercita-cita untuk memberikan kualiti yang terbaik untuk pakaian lelaki kontemporari Muslim, bersama-sama dengan rangkaian terbaru mereka untuk tahun 2022 iaitu pakaian sederhana (modest) untuk wanita dan kanak-kanak.

Tahun 2023 pastinya akan menjadi tahun yang penuh semangat di mana Bulan Bintang berhasrat untuk meneroka dan melaksanakan strategi pemasaran yang baharu untuk menetapkan penanda aras dalam kalangan jenama kontemporari muslim tempatan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri BUKAN LELAKI TERHEBAT LAKONAN Adam Lee & Sweet Qismina

Inni Tawakkaltu, Sebuah Single Sentuhan Terbaharu Hafiz Hamidun