in , ,

Dr Jason Leong Bangga Tayangan DR JASON LEONG: HASHTAG BLESSED di Netflix

PELAWAK Dr Jason Leong bangga programnya, Dr Jason Leong : Hashtag Blessed bakal ditayangkan di 190 negara menerusi platform digital Netflix pada 16 September ini.

Tayangan serentak di 190 negara itu juga sempena sambutan Hari Malaysia sekali gus membangkitkan rasa bangga dalam dirinya sebagai rakyat Malaysia. 

“Saya sendiri teruja menantikan tayangan program itu. Saya mewakili Malaysia dan mahu membuka mata dunia serta tunjukkan kemampuan kita,”

Dr. Jason Leong Hashtag Blessed

Menurutnya, ia umpama impian menjadi kenyataan dan tidak sabar untuk melihat reaksi daripada penonton antarabangsa. 

“Saya tak sabar nak lihat reaksi daripada penonton luar kerana ia akan ditayangkan di 190 negara,”

Beberapa bahagian daripada program yang dirakam pada Jun 2018 itu juga perllu dipotong untuk disesuaikan dengan waktu. 

“Ia dirakam sebulan selepas negara kita berdepan pertukaran kerajaan dan sebagainya. Jadi, ada beberapa lawak yang saya sentuh berkaitan politik.

Namun, banyak yang dipotong kerana ingin disesuaikan dengan peredaran waktu. Lagipun, tak semua lawak berkaitan politik akan difahami penonton luar. 

“Jadi, kandungan lain semuanya bersifat lebih ‘universal’ dan bukan sahaja akan menghiburkan penonton tempatan, bahkan juga akan mencuit hati penonton luar negara,”

Dr Jason memulakan kerjaya sebagai pelawak selepas membuat keputusan meninggalkan bidang perubatan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Video Panas Adik, Anak Sulung Nora Nak Jumpa Keluarga Budak Lelaki

“Apa-Apa Jadi, Yang Lebih Teruk Dicemuh Adalah Perempuan,” – Fynn Jamal