in

DJ Lin Suria Cinta Dilantik Sebagai Duta Nureen’s Beauty

Pada 14 Mac 2012, Rabu yang lalu, DJ Lin yang terkenal sebagai penyampai Suria Cinta di Suria FM telah diraikan dalam satu majlis sempena dengan perlantikan beliau sebagai duta Nureen’s Beauty yang diadakan di Golden Chersonese Media Hall, Maju Junctions, Kuala Lumpur. Budiey nak ucapkan sekalung tahniah buat DJ Lin. Semoga terus sukses dan maju jaya.

Nureen’s Beauty, yang terkenal dengan produk makanan tambahan berasaskan collagen serta set penjagaan kulit,buat julung kalinya, telah melantik DJ Lin sebagai duta produknya. Perjanjian yang ditanda tangani selama setahun akan menyaksikan penglibatan DJ Lin dalam rangka promosi produk ini di pasaran.

Dj Lin Suria Cinta

Perlantikan DJ Lin dijangka mampu menjadi platform terbaik bagi memperkukuhkan lagi jenama Nureen’s Beauty sejak ditubuhkan pada 2008. Pemilihan DJ Lin juga dijangka dapat membantu mempromosi disamping mempertingkatkan jumlah pembeli dan pengguna untuk pelbagai jenis produk yang dihasilkan di bawah jenama Nureen’s Beauty selain sangat bertepatan dengan objektif syarikat ini yang ingin memperlihatkan komitmen untuk bersaing secara lebih serius dalam industri produk kecantikan dan penjagaan kesihatan.

DJ Lin yang merupakan penyampai radio Suria FM dikenali menerusi rancangan Suria Cinta yang dikendalikannya setiap Ahad hingga Jumaat ( 6 hari seminggu) bermula 11 malam – 2 pagi. Beliau yang telah dinobatkan sebagai pemenang kategori ‘Penyampai Radio Wanita Terbaik’ di Anugerah seri Angkasa 2010 turut menggondol Anugerah ‘Rancangan Interaktif Radio Terbaik’ di Anugerah yang sama bagi tahun 2005 dan 2010.

DJ Lin yang juga merupakan duta kereta Proton Persona dilihat mempunyai peminat serta penyokongnya yang tersendiri dan di facebook, halaman peminatnya (fan page) di ‘DJ LIN SURIA CINTA SURIA FM’ mencatatkan hampir 86 ribu peminat dan angka itu kian bertambah setiap hari. Selain itu, blog beliau iaitu ‘fandjlincintamania.blogspot.com’ pula telah mendapat kunjungan hampir 30 ribu peminat (viewer) sejak ditubuhkan pada tahun lalu.

Majlis yang berlangsung, bukan saja memperkenalkan DJ Lin sebagai duta, malah Nureen’s Beauty turut memperkenalkan 3 produk baru mereka iaitu Nureen’s SLiiMBETZ, Mirifica Gold, dan juga Gluta Collagen.

Busana yang diperagakan oleh DJ Lin pada majlis ini mendapat sentuhan dan tajaan sepenuhnya daripada pereka fesyen, Saudara Raffiey Nasir dari Butik DEWI SOFIEA.

Kredit Photo: https://www.facebook.com/tebuphotography.nazrul

Dj Lin Suria Cinta

Dj Lin Suria Cinta

Dj Lin Suria Cinta

 

BUTIRAN PRODUK:
Nureen’s SLiiMBETZ merupakan formulasi daripada gabungan 9 herba terbaik sebagai makanan tambahan untuk menurunkan berat badan, kecantikan dan kesihatan lelaki mahupun wanita. Antara kandungan herba yang terdapat dalam produk hebat ini ialah fiber/Psyllium Husk, Garcinia Cambogia, L-Carnitine, Digizyme (Enzim), Extract Aloe Vera, Spirullina, Klorofil , Marine Collagen dan Vitamin.

Mirifica Gold
Mirifica Gold adalah formulasi daripada gabungan 7 herba terbaik sebagai makanan tambahan untuk kecantikan dan kesihatan wanita. Antara kandungan herba yang terdapat dalam produk hebat ini ialah Pueraria Mirifica, Gluthatione, Co-enzim Q10, kolagen marin, mix berry , Vitamin C dan Spirullina.

Gluta Collagen
Gluta Collagen adalah formulasi daripada gabungan 4 herba terbaik sebagai makanan tambahan untuk kecantikan dan kesihatan wanita. Antara kandungan herba yang terdapat dalam produk ini Gluthatione, Kolagen Marin, Mix Berry dan Vitamin C.

PROFIL NUREEN’S BEAUTY:
Nureens Beauty Marketing ditubuhkan pada 11 November 2008 dan mula beroperasi dengan rasminya pada 15 Disember 2008. Syarikat yang ditubuhkan oleh En. Mohammad Rafi Ismail bersama isterinya Pn. Noor Fazilina Raman dengan bertujuan mengeluar dan mengedarkan produk kecantikan dan penjagaan kesihatan yang berasaskan Collagen diatas label Nureen’s.

Nureen’s Beauty Marketing telah menghasilkan dan memasarkan produknya yang pertama iaitu Nureen’s Sleeming Collagen pada 15 Disember 2008 dan disusuli dengan produknya yang kedua iaitu Nureen’s Lobata Collagen pada 01 April 2009. Produk yang dihasilkan ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada pengguna dan rakan niaga walaupun masih baru dipasaran.

Nureen’s Beauty Marketing juga telah merancang untuk menghasilkan beberapa produk lagi yang berasaskan Collagen dan sedang melakukan kaji selidik supaya dapat menghasilkan produk-produk yang berkualiti dan dapat diterima oleh masyrakat.

Antara matlamat Nureen’s adalah ingin menghasilkan produk-produk kecantikan dan penjagaan kesihatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dan diharapkan jenama Nureen’s akan lebih dikenali oleh semua lapisan masyarakat.

Dj Lin Suria Cinta

Dj Lin Suria Cinta

Dj Lin Suria Cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Morgan Oey di Makan Malam Eksklusif SM*SH & Budiey.com

Lirik Lagu Kosong Najwa Latif