in

Samantha Who Musim Kedua di NTV7

SIAPA Samantha sebenarnya?

Kadangkala bagi mendapatkan penamat sesebuah kisah itu, anda perlu bermula dari titik awal…

PERTAMA KALI DITAYANGKAN DI MALAYSIA! Bagaimana sekiranya anda diberi peluang untuk bermula kembali dari awal? Untuk Samantha Newly (Christina Applegate), hidupnya bertukar dari sebuah fantasi ke realiti susulan dari sebuah kemalangan langgar lari yang menyebabkannya koma selama lapan hari. Selepas terjaga, Samantha mendapati dirinya dikelilingi oleh keluarga dan sahabatnya. Namun, timbul satu masalah dan kekeliruan….nampaknya, dia tidak berhasil untuk mengingati siapakah mereka – malah dirinya sendiri. Pertama kali bersiaran di Malaysia, ntv7 membawakan Samantha Who? musim kedua, sebuah sitkom komedi setiap Ahad, jam 11.00 malam – 11.30 malam, mulai 24 Januari ini!

4274750071 15F014Ffd5 O | 4

Sam mengalami amnesia, yang membolehkan dia berfungsi sepenuhnya, namun tidak dapat mengingati sebarang kenangan lepas. Ramai yang mungkin menganggapnya satu sumpahan. Walaubagaimanapun, Sam menganggap ia sebagai satu keajaiban apabila dia mendapati dirinya merupakan individu yang kurang bermoral sebelum berlakunya kemalangan tersebut.  Malah, dia merupakan seorang wanita yang sombong, pengkhianat, mulut celupar dan kuat minum; namun alangkah bertuahnya Samantha, kerana peristiwa silam tersebut telah jauh terpadam dari sudut ingatannya.

Pada musim yang pertama, Sam mendapati bahawa dirinya yang ‘lama’ merupakan individu sangat teruk: tidak boleh diharap, pentingkan diri, dan dikelilingi oleh ramai musuh berbanding dengan mereka yang bergelar sahabat.  Dia mengambil keputusan untuk memperbaiki dirinya dan maju ke hadapan. Dia berikirar untuk membuat pilihan yang baik, walaupun kadangkala, nalurinya tidak membawanya ke haluan yang betul.Kembali untuk musim kedua, Sam harus kembali menjejaki cebis-cebis kenangan dari kehidupan silamnya bagi membantunya mencari siapa dirinya yang sebenar… atau siapa dirinya sebelum tragedi tesebut. Walaubagaimanapun, untuk mengetahui penamat sesebuah kisah itu, satu-satunya cara mungkin dengan bermula dari titik awal.

4275496810 B743E8D476 O | 5

Kali ini,  Samantha membuat keputusan untuk menjelajah ke Afrika, walaubagaimanapun, tiba-tiba digamit dengan perasaan tidak yakin dan memilih untuk tidak ke mana-mana yang membawanya kepada pelbagai situasi melucukan. Dia bergandingan dengan ibunya untuk satu pertandingan menari bagi mengalahkan musuh Regina, Paul Drake. Namun, timbul satu masalah kerana Sam yang  ‘lama’ berdansa dengan penuh gemalai, namun, Sam yang ‘baru’ tidak mampu menari.

Selepas berlakunya pergaduhan dengan seorang pegawai polis, Samantha diarahkan untuk melakukan kerja amal, yang membawanya kepada perkenalan dengan seorang gadis muda yang bermasalah iaitu Natalie. Setelah menyedari bahawa Sam yang ‘lama’ mungkin bertanggungjawab terhadap kemusnahan karier Tod sebagai seorang jurugambar yang berjaya, Sam yang ‘baru’ merancang untuk mensabotaj usaha Todd untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat penerbitan surat-khabar.

Barisan pelakon ternama termasuklah Christina Applegate, Jennifer Esposito, Kevin Dunn Melissa McCarthy, Tim Russ, Barry Watson dan Jean Smart. Artis jemputan pula terdiri daripada Billy Zane, James Patrick Stuart Brent Tarnol dan ramai lagi.

4274749787 C498D3Fb00 O | 6

Sertailah Sam dan rakan- rakan, dimana dia mempelajari bahawa  untuk mendapatkan sebuah imej yang bersih, tidak bermakna anda perlu melupakan kisah silam. Dicipta oleh Cecelia Ahern dan Donald Todd, yang pernah membawakan “Ugly Betty”, saksikan drama komedi 20-episod, Samantha Who? Musim Kedua, setiap hari Ahad,11:00 malam  – 11.30 malam, hanya di  ntv7 ( Saluran 107 di Astro)!

4274749669 74Cb62C7E9 O | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Komedi Aca dan Atuk di TV2

DJ Baru Suria FM Linda Onn Dibayar Dua Kali Ganda?