in ,

Diva AA Jalin Kerjasama Dengan PDRM, Tegur Netizen Yang Langgar SOP!

Berikutan sikapnya yang terkenal dengan teguran lantang secara terbuka kepada mana-mana pihak, Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah menjalinkan kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Difahamkan, kerjasama tersebut adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang perintah berkurung (lockdown) dilaksanakan terutamanya dari segi pemakaian topeng pelitup muka dan duduk di rumah.

Tegur Netizen Langgar SOP 

Dibahagikan kepada dua bahagian, video pertama ‘teguran’ Diva AA yang diberi judul “Perutusan Khas Covid-19 Diva AA” telah pun dimuatnaik di laman YouTube milik PDRM pada Rabu. Antara intipati video tersebut termasuklah menegur mereka yang melanggar SOP yang telah ditetapkan.

“Diva AA kolaborasi dengan PDRM tengah viral kasi meletup ditujukan khas buat berbilion-bilion followers. Khasnya rakyat Malaysia yang degil, buta hati, tak reti bahasa”

“Jadi kerja pula PDRM nak kompaunkan kau beratus ribu kali sebab kau degil. Jadi kau dengar Perutusan Khas Truly Amazing Diva AA bersama PDRM. Siap kau! Kau tunggu lepas ini, more to go” katanya dalam video tersebut

Sehingga artikel ini ditulis video tersebut telah mendapat lebih dari 20 ribu tontonan kurang dari 24 jam sejak dimuatnaik dan mendapat lebih dari 1400 ribu tanda suka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadgetmodel Hiasan | 20

Kekayaan Meningkat, Robert Kuok Kekal Sebagai Individu Terkaya Malaysia Dengan RM50.3 Bilion

Suekhaizhar | 21

Selepas AKU BUDAK GIRL Viral & Trending di Youtube, Suekhaizhar Makin Mendaki Populariti