in , ,

Nah! Senarai Drama Di Panggung Syawal TV1 Sepanjang Aidilfitri Ini 

Berturut-turut sepanjang tiga hari sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama-drama terbaik mengisi slot khas Panggung Syawal, pukul 11.05 pagi di TV1.

Mempertaruhkan kisah kemasyarakatan dengan genre yang berbeza dalam setiap tajuk drama yang dipilih, RTM sememangnya mengharapkan drama-drama yang disiarkan mewarnai sambutan Aidilfitri ini mampu menceriakan dan sampai ke hati penonton setia salurannya.

RTM dalam berkongsi tema Syukuri Syawal tahun ini mengajak penonton menyaksikan drama yang mengganding pelakon utama Izzue Islam dan Risteena Munim dalam “Pak Su” disiarkanpada 1 Syawal ini.

Kisahnya berlatar tentang watak Pak Su yang telah meminta emak dan ayahnya mencarikan jodoh untuknya. Namun dia menekankan syarat utama iaitu dia hanya akan meminang gadis tersebut dengan hantaran berjumlah RM5000. Namun dengan jumlah hantaran sebegitu sangat sukar untuk ibu bapa Pak Su mencarikan jodoh untuknya. 

Tanpa disangka satu hari Pak Su yang juga turut cuba mencari jodohnya sendiri telah berkenalan dengan seorang gadis bernama Emmy. Berlaku konflik disitu lalu berjayakah Pak Su berjodoh dengan Emmy?  Drama ini turut dibintangi oleh Sazrin Aizul, Lan Zailan, Rashidah Jaafar, Anne Abdullah, Qazim Nor, Annie Mosha, Shawal Osman dan Fatimah Az Zahra.  

Ramona Bertanding Ketua Kampung

Menerusi drama komedi “Ramona Bertanding Ketua Kampung” yang menemui penonton pada 2 Syawal ini, saksikan bila mana watak utamanya iaitu Ramona lakonan mantap Faradhiya menjiwai peranan wanita yang gagah mahu bersaing dengan calon lelaki lain di kampungnya untuk bertanding untuk menjadi Ketua Kampung yang baharu. Ramona rasa bertanggungjawab untuk menggalas jawatan itu setelah melihat keadaan persekitan perumahan Taman Lang yang tidak terurus. Pelakon lain yang ada dalam drama ini seperti Ain Sufia, Ropie, Emelie, Adam Darwish, Amir, Man RL, Nazeer Hussain, Lim Hui Hong, Norazlina Ismail, Aisyah, Amirah Abd Hamid, Qasehku Effa, Fattah Ali, dan Shahnizar Abd Ghafar.

Poster Afghan (Latest) (1)

Turut menemui penonton pada 3 Syawal ini, drama penuh konflik yang bakal menyentuh hati semua bertajuk “Afghan”. Dalam gandingan mantap dua pelakon utamanya Namron dan Nafiz Muaz, plot ceritanya membawakan jalur kisah watak lelaki bernama Afghan, seorang pemuda buta yang jika dilihat pada mata kasar dirinya biasa sahaja. Tetapi hakikatnya pemuda istimewa ini ditakdirkan Allah terbuka hijabnya boleh melihat kejadian masa depan.

Afghan telah dijaga oleh Bilal Soleh yang tempang kaki kanan. Tanpa pengetahuan Afghan, Bilal Soleh sebenarnya menyembunyikan hakikat yang amat pedih sekali. Bilal Soleh adalah lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan kematian bapa Afghan. Lalu apakah kesudahannya? 

Selain Namron dan Nafiz Muaz, drama ini turut menampilkan Noorkhiriah Ahmad Shapie, Sharifah Sofia, Sangeeta Krishnasamy, dan Syed Irfan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tony Fernandes Airasia-2020

Capai 1 Juta Penumpang, Airasia Ride Menawarkan ‘Ride’ Percuma

Bunga 2020 | 20

Kolaborasi Disney+ Hotstar & Bunga Dalam Rap ‘Cerita Kita Bersama’