in

DIRTY SEXY MONEY @ 8TV

Di sebalik kemewahan dan kuasa tersembunyi suatu rahsia…

Budiey BlogJika anda fikir Dallas and Dynasty akan sentiasa menjadi drama kegemaran anda, fikir sekali lagi apabila stesen TV Malaysia terhangat; 8TV akan membawakan kepada penonton sebuah drama bersiri terbaru berjudul Dirty Sexy Money yang akan mula ditayangkan pada 12 Julai 2008.

Garapan idea oleh Craig Wright sebagai Penerbit Eksekutif dan diterbitkan oleh ABC Studios, drama bersiri dengan peratusan penonton yang tinggi ini merupakan drama yang lain daripada yang lain dengan memaparkan kisah kehidupan mereka yang hidup dalam kemewahan dan persekitaran keluarga yang porak-peranda serta dipenuhi dengan skandal.

Dirty Sexy Money diperhebat dengan pemilihan para pelakon handalan dan juga jalan cerita yang menarik. Pelbagai plot menarik akan dapat disaksikan sepanjang musim ini ditayangkan. Drama ini padat dengan kombinasi emosi dan suka-duka kehidupan. Secara peribadi, saya berpendapat drama ini akan menjadi salah sebuah lagi drama yang paling diminati tidak lama lagi.

Berlatarbelakangkan gaya hidup mewah dan popular di kota New York, siri ini bermula dengan memperkenalkan Nick George (lakonan Peter Krause) yang hidup di sebalik bayangan kemewahan keluarga Darling.  Bekerja sebagai seorang peguam, kehidupannya berjalan lancar tetapi semuanya berubah apabila bapanya yang merupakan peguam peribadi keluarga Darling, mati secara misteri dalam sebuah kemalangan udara. 

Selepas kematian bapanya, Darling meminta Nick untuk menjadi peguam peribadi mereka menggantikan tempat bapanya.  Dia menerima tawaran itu kerana memikirkan keluarga Darling itu mungkin dapat mengubah hidupnya tetapi mula mencurigai segala urusan keluarga Darling tidak lama selepas itu. 

Nick menyedari keputusan menerima tawaran pekerjaan tersebut merupakan satu kesilapan besar apabila dia diberitahu oleh pegawai polis yang menyiasat kejadian kapal terbang terhempas yang menyebabkan kematian bapanya itu, merupakan satu kes pembunuhan terancang. 

Nick yang mula mengesyaki keluarga Darling mempunyai hubung kait dengan kematian bapanya, dia berazam untuk menyiasat aktiviti Darling secara rahsia dengan harapan kebenaran akan muncul. 

Antara watak di dalam drama bersiri ini ialah Tripp Darling (Donald Sutherland) sebagai ketua keluarga Darling; Brian Darling (Glenn Fitzgerald) sebagai paderi yang menjengkelkan; anak perempuan Nick, Lisa George (Zoe McLellan); Isteri Nick, Kiki George (Chloe Moretz), ahli keluarga Darling yang mempunyai kekasih transeksual, Patrick Darling (William Baldwin); ahli keluarga Darling yang menaruh perasaan terhadap Nick, Karen Darling (Natalie Zea) dan ramai lagi. 

Episod-episod seterusnya akan memperlihatkan perkembangan bagi setiap watak dan juga membongkar rahsia mereka.   

Untuk mengetahui sama ada keluarga  Darling adalah dalang bagi pembunuhan terancang bapa Nick, jangan lupa saksikan Dirty Sexy Money secara eksklusif di 8TV pada setiap hari Selasa, pada jam 10.30 malam bermula pada 12 Julai 2008 atau secara alternatif di Astro melalui saluran 708. 

2629607507 01D4D78416 | 4

[tags]Dirty Sexy Money, dallas, dynasty, Donald Sutherland, Natalie Zea, mcoba, melayu boleh, planet hollywood, rashid sidek, ratu rock ella, renong, Glenn Fitzgerald, Zoe McLellan, Chloe Moretz[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rakaman Konsert Raya Pop Yeh Yeh RTM

Sidang Media Mengumumkan Pelakon Filem Mek Ani