in , ,

Kandungan Hiburan Asia Terbaik, dimsum Kolaborasi dengan HUAWEI

Penyedia perkhidmatan penstriman video berdasarkan permintaan dimsum entertainment, yang juga sebahagian daripada Star Media Group menjalinkan kerjasama dengan syarikat pembangun teknologi mega, Huawei, bagi mempersembahkan hiburan terbaik dari Asia menerusi aplikasi video terbaharunya, HUAWEI Video.

Melalui kerjasama ini, Huawei Video berharap untuk memperkenalkan aplikasi videonya melalui kandungan hiburan dimsum entertainment pada setiap peranti terkini keluaran mereka, termasuk HUAWEI P40 dan HUAWEI P40 Pro yang baru sahaja dilancarkan.

dimsum entertainment x Huawei-video_LS

Ketua Pegawai Pemasaran dimsum entertainment, Lam Swee Kim berkata:

“Selari dengan strategi kandungan dimsum entertainment, kami teruja menjadi rakan kongsi video-on-demand pertama yang berkolaborasi dengan HUAWEI Video.

Kami yakin, menerusi Huawei Video, dimsum entertainment mampu untuk menjangkau kelompok pengguna telefon pintar yang lebih besar. 

Menerusi aplikasi Huawei Video, pengguna di Malaysia dan Singapura boleh mengakses kandungan drama, filem dan anime dari Thailand, China, Korea, Jepun, Taiwan, Indonesia dan Singapura,”

– Lam Swee Kim
Lam Swee Kim
Ketua Pegawai Pemasaran dimsum entertainment,Lam Swee Kim

Sementara itu, Pengarah Perkhidmatan Awan Pengguna, Huawei Asia Pasifik, Shane berkata:

“HUAWEI Video sudah mula menyediakan perkhidmatan penstriman video berdasarkan permintaan sejak Mac lalu di APAC.

Justeru, bagi meningkatkan pengalaman hiburan mudah alih, kami terus mencari lebih banyak kolaborasi dengan pelbagai penyedia kandungan video ternama.

Kami yakin bahawa kerjasama dengan dimsum entertainment akan memberi manfaat kepada pengguna Huawei dengan lebih banyak kandungan terbaik dari Asia,”

– Shane
Shane
Pengarah Perkhidmatan Awan Pengguna, Huawei Asia Pasifik, Shane

Aplikasi HUAWEI Video yang sedia terpasang dalam peranti-peranti terbaharu Huawei menawarkan pelbagai kandungan menarik daripada pelbagai genre. Pada pertengahan Mei 2020, pelanggan baharu dimsum entertainment yang mendaftar menerusi HUAWEI Video bakal menikmati langganan VIP selama sebulan secara percuma.

Langganan boleh diperbaharui langgan mereka dengan potongan harga serendah RM6 atau $SGD3 masing-masing bagi pelanggan di Malaysia dan Singapura.

Selain itu, HUAWEI Video turut melancarkan kempen cabutan bertuah “HUAWEI Video – Watch & Win”. Bermula 27 Mei sehingga 27 Julai 2020, pengguna HUAWEI Video berpeluang untuk memenangi hadiah setiap hari dengan menonton kandungan yang tersedia dalam aplikasi sekurang-kurangnya selama seminit.

Hadiah yang ditawarkan termasuklah HUAWEI P40 pro, MatePad Pro, FreeBud 3, pas 3 bulan dimsum entertainment, eWallet Touch ‘n Go, baucar tunai Lazada dan banyak lagi.

Antara judul popular yang dipilih oleh dimsum entertainment untuk HUAWEI Video termasuklah drama siri romatik komedi dari Jepun, An Incurable Case of Love aka Love Lasts Forever; drama popular dari China, Love of Thousand Years aka The Killing of Three Thousand CrowsAncient Detective dan The Twin Flower Legend, serta Bad Genius the SeriesFighting YouthMy Himalayan Embrace dan Let’s Go Crazy on LIVE! yang bakal hadir tidak lama lagi pada tahun ini. Muat turun aplikasi HUAWEI Video dan strim percuma selama sebulan sekarang.

Kerjasama ini dimulakan dengan pengumuman menandatangani memorandum persefahaman antara Star Media Group dan dimsum entertainment dengan HUAWEI Cloud pada awal bulan ini bagi meneroka peluang dalam solusi awan, kecerdasan buatan dan perkongsian pengetahuan.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi dimsum entertainment (@dimsum.ent), Instagram (@dimsum.ent) dan Twitter (@dimsumasia).

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem ADA APA DENGAN DOSA Bakal Ditayang Astro First

Nama Cik B Trending di Twitter Tengku Jihan Ucap Selamat Hari Jadi