in ,

Didenda RM100,000 Atau Penjara 3 Tahun, Misi Bantuan Ebit Lew di Semporna Dihentikan

“Didenda RM 100,000 Atau Penjara 3 Tahun,” – Minta Maaf! Tak Jadi Teruskan Misi Ke Pulau, Ustaz Ebit Lew Tangguh Dulu Bantuan Ke Semporna

Misi kemanusiaan yang dijalankan oleh Ustaz Ebit Lew di beberapa kawasan di Sabah dilihat memberi sinar baru kepada sesetengah penduduk di sana.

Paling mencuri tumpuan sudah kejayaan beliau dalam mengislamkan 490 orang komuniti Bajau Laut yang tiada agama dan negara sebelum ini.

Namun begitu, khabar duka dimaklumkan bahawa Ebit Lew terpaksa menghentikan misi kemanusiaan di Semporna kerana terdapat beberapa halangan yang boleh membawa kepada hukuman sebanyak Rm100,000 dan tiga tahun penjara jika melanggarnya.

Didenda RM100,000 Atau Penjara 3 Tahun, Misi Bantuan Ebit Lew di Semporna Dihentikan

Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa sedih selepas didakwa mendapat arahan untuk tidak meneruskan misi bantuannya di Semporna, Sabah. Menurut Ustaz Ebit, sekiranya dia dan seluruh ahli pasukannya masih meneruskan misi tersebut, berkemungkinan besar mereka boleh dikenakan hukuman denda atau pun penjara.

Dalam pada itu, pendakwah tersebut turut meminta maaf kerana terpaksa menangguhkan dahulu pembinaan sekolah dan tempat kemasyarakatan yang telah dirancang sebelum ini atas faktor-faktor tertentu.

Beliau turut memohon maaf kepada para penduduk yang telah diIslamkan kerana tidak mampu untuk meneruskan misi bantuan disana lagi.

“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya ajar syahadah. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

“Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna Minta diberhentikan bantuan disekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun,” katanya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengusaha pasar raya Elews Mart itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Jelasnya lagi, segala kelengkapan untuk membina sebuah sekolah telah pun dia sediakan termasukan para guru yang kini telah bersiap sedia untuk memulakan proses pembelajaran.

“Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang. Bukan sekolah saya. Tiada caj.

“Lebih kepada tempat nak aktiviti dan pendidikan. Sebab dekat sana tiada tempat untuk buat begitu.

“Dari bot jer bagi bantuan. Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut mengakui dirinya berasa sangat tersentuh melihat reaksi para penduduk kampung yang sedih dengan keberangkatannya itu.

“Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan.

“Saya akan terus ke Tawau dan tunggu flight di Tawau. Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah-ebitlew,” akhirinya.

Disebabkan tidak dapat meneruskan misi tersebut di pulau-pulau di Semporna, beliau mengambil keputusan untuk terus ke Tawau pada petang ini dan akan memberikan sumbangan ke daerah tersebut pula.

Ebit Lew juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu memudahkan urusannya di Semporna dan menyerahkan segala yang terjadi kepada Allah S.W.T. Beliau turut berharap suatu masa nanti akan bertemu semula dengan masyarakat di Semporna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SamSonS Lancar Single JIKA NANTI

Lagu Amira Othman, SURAT AKHIR Jadi OST Drama Hebat di Slot Megadrama Astro Ria