in , ,

Didakwa ‘Ditaja’ Azmin Ali, Diva AA Bakal Saman Selebriti Wanita Berjumlah RM5 Juta

Pengacara Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA bakal mengemukakan saman terhadap seorang pelakon wanita berjumlah RM5 juta. Hal ini kerana pelakon wanita terbabit telah menuduhnya makan rasuah dan mengatakan dirinya ‘ditaja’ oleh abangnya, Azmin Ali.

Menurut laporan, pelakon wanita itu juga mengaitkan kemewahan yang dimilikinya itu berkait dengan Azmin Ali. Lantaran itu, Diva AA menegaskan pertuduhan itu adalah fitnah dan tidak benar.

Ketika ini, Diva AA yang diwakili peguam, Ammajeet Singh dalam proses menghantar notis tuntutan kepada pelakon wanita tersebut. Tambahnya, jumlah tuntutan itu termasuk tuduhan pelakon wanita itu yang menuduhnya talam dua muka.

Bukan itu sahaja, tindakan juga akan diambil kepada individu-individu yang telah meninggalkan komen berhubung isu melibatkan Azmin Ali. Terdahulu, ‘perang’ tercetus apabila Diva AA menegur cara berpakaian seorang pelakon wanita di PPV untuk mengambil vaksin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Minta Jangan Taasub Dengan Artis K-Pop, Peminat Tegar Perlekeh Teguran Shuib

Siti Sarah Hadir Dalam Mimpi Seorang Kanak-Kanak, Ini Keajaiban Yang Berlaku