in

Yang Menarik Tentang Drama Festival Kuala Lumpur 2018

Drama menggambarkan realiti kehidupan. Ia bukan sahaja dapat dilihat menerusi kaca televisyen, malah turut mewarnai kehidupan seharian dan memberi impak kepada kita. Menampilkan #MasaUntukDrama sebagai tema baharu untuk tahun 2018, Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) kini kembali buat kali kelima!

Poster Bengkel DFKL 2018

SUDAH TIBA MASANYA UNTUK BERDRAMA!

Masih mengekalkan objektif utamanya untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan memberi peluang kepada anak-anak muda untuk menimba ilmu bersama para panel berpengalaman dalam industri drama, DFKL 2018 juga merupakan sebuah platform yang sesuai bagi anak-anak muda untuk mengasah bakat mereka.

Selebriti Popular Jayakan Drama Festival Kuala Lumpur 2018

Selepas empat tahun penganjuran, DFKL telah mencapai matlamatnya untuk melahirkan pelapis yang menjadi pemangkin dalam industri penyiaran. Sambutan dan sokongan padu daripada penggiat seni dan penonton sentiasa menjadi inspirasi kami untuk meneruskan kempen ini sehingga menjadikan DFKL sebuah acara tahunan.

Kelainan pada edisi tahun ini, DFKL 2018 menggabungkan empat buah stesen dari Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9 untuk menjayakan kempen ini sejak 1 Disember 2017 dengan harapan dapat menerima penyertaan dari semua lapisan masyarakat.

Menampilkan Syazuwan Hassan dan Pauline Tan sebagai duta, DFKL tahun ini juga disertai oleh Jason Chong dan Jason Kok sebagai panel yang akan berkongsi ilmu mengenai pengarahan dan pembikinan filem di bengkel DFKL 2018. Turut menyertai mereka sebagai panel adalah 6 lagi karyawan hebat iaitu Fauziah Ahmad Daud, Eirma Fatima, Datin Diana Danielle, Fasha Sandha, Sheila Rusly, dan Shahrulezad.

Sesi berkenalan bersama duta-duta DFKL 2018

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak,

“Segala peristiwa yang berlaku mencorakkan perjalanan hidup setiap individu, keluarga, mahupun masyarakat. Ia seakan-akan sedang menyaksikan drama-drama kehidupan manusia yang merangkumi pelbagai ragam beraksi di kaca televisyen. Oleh itu, Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang sentiasa tampil dengan tema berbeza pada setiap tahun telah mengambil inisiatif untuk memilih #MasaUntukDrama sebagai tema buat tahun 2018.”

“Ini juga merupakan peluang keemasan kepada semua golongan untuk menunjukkan bakat terpendam mereka. Kami amat mengalu-alukan para peserta yang ingin mengekspresikan imaginasi dan kreativiti masing-masing untuk mengambil bahagian dalam pertandingan dianjurkan, serta menyertai bengkel-bengkel bersama panel berpengalaman dalam industri seni tanah air untuk memberi bimbingan dan berkongsi ilmu. Insya Allah, DFKL yang dianjurkan untuk kali kelima ini akan mendapat respon yang positif seperti sebelum ini, serta mampu mewarnai industri penyiaran dan menghasilkan suatu karya yang disukai oleh semua lapisan masyarakat,” ujar Encik Johan lagi.

Komponen utama DFKL masih lagi mengekalkan penyertaan untuk pertandingan drama pendek peringkat awam dan sekolah menengah, pertandingan sesi kongsi (pembentangan idea), bengkel dan ujibakat lakonan. Bagi menyemarakkan lagi DFKL 2018, orang ramai turut berpeluang untuk menyertai siri jerayawara DFKL yang bakal diadakan di dua lokasi berbeza bermula pada bulan Februari dan Mac 2018.

Sheila Rusly

Malam Anugerah DFKL 2018 merupakan kemuncak pengajuran kempen yang memartabatkan industri lakonan tanah air. Malam pengiktirafan buat para pelakon, pengarah, penulis skrip dan drama pilihan penonton ini turut mempertandingkan 11 kategori iaitu Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulisan Skrip Pilihan, Lagu/OST Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan Drama Pilihan tonton VIP, Drama Radio Pilihan dan Drama Pendek Pilihan.

Bagi para peminat yang ingin melihat idola kesayangan mereka meraih kemenangan, boleh membuat undian bagi menentukan barisan pemenang untuk 9 kategori tersebut bermula 1 Februari hingga 1 Mac 2018 di laman web rasmi DFKL 2018 iaitu www.dfkl.com.my. Hanya 10 kali undian sahaja yang boleh dibuat setiap hari, di mana undian-undian yang diterima akan dikemaskini setiap dua jam untuk setiap hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai DFKL 2018, anda boleh layari laman web rasmi www.dfkl.com.my. Hangatkan lagi perbualan di laman media sosial dengan #MasaUntukDrama dan #DFKL2018. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 & TV9 iaitu @tv3malaysia dan @tv9malaysia.

Barisan speakers yang terlibat dalam bengkel DFKL 2018

Berikut adalah maklumat tentang pertandingan/aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang kempen DFKL 2018 berlangsung:

Pertandingan Drama Pendek
Hadiah bernilai sehingga RM18,000 sedang menanti bakal pemenang! Bagi mereka yang berminat, bolehlah hantarkan URL video/link penyertaan drama pendek menerusi laman sesawang DFKL (https://www.dfkl.com.my/) sebelum tarikh tutup 18 Mac 2018.

Cara-cara penyertaan untuk pertandingan ini amat mudah, para peserta perlu menghasilkan drama pendek berdurasi 3-5 minit dengan tema bebas di mana ia tidak tertakluk kepada mana-mana tema, jalan cerita mempunyai nilai pengajaran atau kemasyarakatan, dan tidak melanggar etika, sensitiviti budaya dan agama. Pertandingan ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

Pertandingan Sesi Kongsi (Pembentangan Idea)
Pertandingan Sesi Kongsi merupakan platform kepada mereka yang berminat untuk membentangkan idea atau berkongsi cerita menarik, di mana jalan ceritanya sesuai untuk direalisasikan menjadi drama.

Untuk menyertai pertandingan ini, para peserta wajib mengisi borang penyertaan seperti yang dilampirkan, dan membawa borang berkenaan ke sesi jelajah dan bengkel DFKL untuk pembentangan idea. Karya paling menarik yang dibentangkan kepada para penerbit dan pihak produksi berpeluang untuk diangkat sebagai pemenang, serta berpeluang diterbitkan menjadi drama.

Bengkel DFKL 2018
Bengkel perkongsian bersama barisan karyawan terhebat ini bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 31 Mac & 1 April akan datang. Para peserta berpeluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perjalanan karyawan yang akan berkongsi pengalaman dan tips-tips berguna mengenai selok belok untuk menjadi seorang anak seni yang berilmu.

Selain itu, setiap peserta juga akan diberi pendedahan yang mendalam mengenai teknik lakonan, asas dalam pengarahan, penulisan kreatif dan juga kepentingan menjaga ketrampilan diri. Bagi anda yang berminat untuk menyertai bengkel ini, tiket adalah RM60.00 untuk sehari, manakala bengkel untuk dua hari adalah RM100.00. Antara selebriti dan karyawan yang akan terlibat dalam sesi bengkel pada tahun ini adalah:

A LAKONAN Fauziah Ahmad Daud
PENULISAN KREATIF Shahrulezad

B LAKONAN Datin Diana Danielle
PENULISAN KREATIF Eirma Fatima

C LAKONAN Fasha Sandha
LAKONAN Sheila Rusly

D PENGARAHAN Jason Kok
PENGARAHAN Jason Chong

Pencarian Bakat Baharu DFKL 2018
DFKL telah melahirkan bakat-bakat baru seperti Raja Afiq, Syazuwan Hassan, Indah Emeerlda, Nafiz Muaz, Jaja Iliyes, dan Riena Diana yang sudah mewarnai persada seni tanah air. Orang ramai yang berminat untuk bergelar anak seni boleh menyertai ujibakat yang akan diadakan di dua lokasi Siri Jelajah DFKL pada bulan Februari dan Mac nanti. Para peserta yang berjaya menyerlahkan bakat mereka akan dinobatkan sebagai Bintang DFKL.

Siri Jelajah DFKL 2018
Untuk merancakkan lagi DFKL 2018, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang sesi jelajah ini. Orang ramai dijemput untuk hadir dan mendengar perkongsian ilmu oleh tetamu jemputan di samping beramah mesra bersama Duta DFKL dan selebriti-selebriti yang juga turun padang untuk menghangatkan lagi siri jelajah kali ini. Sesi ujibakat turut akan diadakan di setiap lokasi yang bakal berlangsung seperti berikut:

23 & 24 Feb 2018 Paradigm Mall, Johor Bahru 10.00 pagi – 6.00 petang
3 & 4 Mac 2018 Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur 10.00 pagi – 6.00 petang

Malam Anugerah DFKL 2018
DFKL juga meraikan penggiat seni yang memartabatkan industri lakonan tanah air pada Malam Anugerah DFKL 2018. Malam pengiktirafan buat para pelakon, pengarah, penulis skrip dan drama pilihan penonton ini turut mempertandingkan 11 kategori iaitu Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulisan Skrip Pilihan, Lagu/OST Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan Drama Pilihan tonton VIP, Drama Radio Pilihan dan Drama Pendek Pilihan.

Bagi para peminat yang ingin melihat idola kesayangan mereka meraih kemenangan, boleh membuat undian bagi menentukan barisan pemenang untuk 9 kategori tersebut bermula 1 Februari hingga 1 Mac 2018 di laman web rasmi DFKL 2018 iaitu www.dfkl.com.my.

Hanya 10 kali undian sahaja yang boleh dibuat setiap hari, di mana undian-undian yang diterima akan dikemaskini setiap dua jam untuk setiap hari.

Datin Diana Danielle_1

Duta DFKL 2018 - Pauline Tan

Duta DFKL 2018 - Syazuwan Hassan

Jason Chong_1

Jason Kok

Majlis pra-pelancaran DFKL 2018

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fazura Bergandingan Dengan Pelakon Timur Tengah Amir Rezazadeh dalam JANJI ZEHAN

Ferhad Lancar Muzik Video DEFINASI CINTA