in , ,

Dedah Kekasih Baharu di Instagram, Ini Pengakuan Azlee Khairi

Gambar pelakon Azlee Khairi berpimpin tangan dengan seorang gadis yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG) mencetuskan tanda tanya. Siapakah gadis itu?

Ramai menganggap sosok tubuh gadis dalam foto yang menyaksikan pemandangan matahari terbenam itu adalah pelakon, Puteri Aishah yang bergandingan dengannya menerusi drama Rahimah Tanpa Rahim, ketika ini.

Duda kacak itu bagaimanapun tanpa berselindung menjelaskan, gadis dalam foto yang dimuat naik itu adalah teman wanita yang baru dikenalinya.

“Kami masih dalam proses mengenali antara satu sama lain. Jujurnya, hubungan ini juga baru sahaja mekar.

Secara kebetulan, foto bersaksikan matahari terbenam itu cantik, jadi saya teruja mahu berkongsi dalam media sosial. Dia bukan daripada golongan seni dan memilih untuk tidak terlalu mendedahkan dirinya. Biarlah ia jadi misteri dan rahsia dahulu.

“Saya menghormati cara menjaga privasi,”

– Azlee Khairi
Dedah Kekasih Baharu di Instagram, Ini Pengakuan Azlee Khairi

Pelakon yang pernah meledak menerusi drama Love You Mr Arrogant pada 2013 itu menjelaskan, hubungannya dengan ahli perniagaan dan pengasas produk kosmetik dikenali sebagai Aniss sudah berakhir.

“Saya anggap tiada jodoh antara kami. Hubungan terjalin lebih setahun tidak mampu diselamatkan lagi.

“Saya harap dengan pengakuan ini saya sudah tiada kena mengena dengannya. Saya mohon jangan mengaitkan saya dengan produk diusahakan,”

– Azlee Khairi

Dalam perkembangan lain, Azlee yang pernah menyepi daripada radar seni dan kembali aktif pada November, tahun 2019 itu teruja apabila dua drama lakonannya sedang disiarkan di TV.

Selain drama Rahimah Tanpa Rahim yang disiarkan menerusi slot Akasia, TV3, satu lagi drama berjudul Hari Hari Jatuh Cinta terbitan Zeel Production siaran Awesome TV.

Drama Hari Hari Jatuh Cinta buat kali pertama menggandingkan Azlee dengan Intan Ladyana. Turut berlakon, Oktovia Manrose, Gambit Saifullah, Mas Anizan dan ramai lagi.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki dikurniakan selepas kembali aktif berlakon. Dalam situasi pandemik COVID-19, kita digalakkan duduk di rumah, jadi saya berharap dua drama ini boleh dijadikan asbab untuk penonton berada depan kaca televisyen (TV).

“Saya juga berterima kasih kepada produser dan pengarah yang masih memberi kepercayaan kepada saya sebagai teraju utama,”

– Azlee Khairi

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Longhouse Films Memeterai Kerjasama dengan Hairul Azreen & Adrian Teh

Spotify Kini Berjaya Kumpul 345 Juta Pengguna Aktif Bulanan, 25% Pengguna Mendengar Podcast