in , ,

Elak Fitnah, Azlee Khairi Akhirnya Mengakui Bukan Lagi Suami Orang

Tahun lalu, sebelum ini Azlee Khairi selesa mengunci mulut mengenai status dirinya yang didakwa sudah solo. Menurutnya pada masa itu, tidak ada apa yang perlu dikongsi mengenai kehidupan peribadi terutama status perkahwinannya berbanding kerjaya. Namun, beliau sudah mengakui hidup solo.

Pelakon Azlee Khairi mengesahkan dirinya bukan lagi suami orang. Azlee berkata, dia perlu tampil menyatakan status diri bagi mengelak fitnah dan salah sangka. Bagaimanapun, Azlee yang pernah dikaitkan dengan teman gandingan dalam drama Seadanya Aku, Zara Zya, enggan memperincikan punca perceraian dengan bekas isteri.

“Saya fikir soal status diri perlu dijelaskan kerana tidak mahu mengundang fitnah dan salah sangka.

“Cuma saya tidak mahu mengulas lanjut persoalan bila saya berpisah dengan bekas isteri,”

– Azlee Khairi
AZLEE KHAIRI

Awal tahun ini, ketika sama-sama membintangi drama Seadanya Aku yang disiarkan melalui slot Akasia TV3, Azlee dikaitkan dengan Zara.

Azlee kemudian dikaitkan pula dengan ahli perniagaan dan pengasas produk kosmetik dikenali sebagai Aniss.

Mengulas mengenai wanita itu, Azlee mengaku mengenalinya sejak hampir setahun lalu.

“Kami masih dalam fasa awal perkenalan iaitu mengenali hati budi. Masih terlalu awal untuk meneka pengakhirannya.

“Saya tidak selesa berkongsi lebih-lebih lagi hal peribadi. Tetapi tidaklah bermaksud hendak berselindung. Aniss faham cara saya. Itu membuatkan saya selesa dengannya,”

– Azlee Khairi
AZLEE KHAIRI

Azlee mencipta nama melalui drama adaptasi novel Love You Mr Arrogant pada 2013 yang dibintangi bersama Zara.

Ketika namanya di puncak populariti, Azlee bertemu jodoh dengan wanita pilihan kelahiran Brunei, Dayang Norlelawati Puteh, 36.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2014 dan Azlee kemudian menetap di Brunei. November lalu, Azlee kembali aktif dengan membintangi drama Seadanya Aku.

Sumber: BH Online

What do you think?

37 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sangkaan Meleset, Ini Rupanya Saiz Sebenar Sony PlayStation 5

Dream Cruises World’s First Cruise Line To Resume Operation After Pandemic