in , , ,

Spotify Kini Berjaya Kumpul 345 Juta Pengguna Aktif Bulanan, 25% Pengguna Mendengar Podcast

Spotify hari ini telah mengeluarkan pengumuman kewangan mereka untuk suku ke-4 2020 yang lepas. Melaluinya beberapa data menarik telah dikongsikan.

Spotify mengatakan kini mereka mempunyai 345 juta pengguna aktif bulanan, dan seramai 155 juta pelanggan berbayar. Pada platform berkenaan juga, kandungan berbentuk podcast memperlihatkan peningkatan positif dari hari ke hari. Terkini, terdapat lebih 2 juta podcast yang boleh didapati melalui platform berkenaan, dan hampir 1 per 4 pengguna mendengar podcast di Spotify.

SPOTIFY

Di Malaysia sahaja, kini Spotify telah hadir dengan penawaran pelan harian dan mingguan untuk mengalakkan lagi pengguna menikmati perkhidmatan berbayar. Pada masa yang sama, minggu ini turut menyaksikan Spotify meningkatkan harga langganan untuk pelan keluarga mereka.

Bagi anda sendiri, adakah anda pengguna aktif Spotify, atau anda lebih aktif menggunakan perkhidatan penstriman muzik lain?

*Sumber: Amanz

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dedah Kekasih Baharu di Instagram, Ini Pengakuan Azlee Khairi

Mortal Kombat Terbitan James Wan, Akhirnya Sinopsis & Gambar Rasmi Didedahkan