in ,

Datuk Fazley Yaakob Bakal Lancar Single Terbaru

Keunikan atau keistimewaan Anugerah Pilihan Online anjuran Mstar dan Suria FM ini meliputi setiap cabang hidup termasuklah dunia masakan di mana APO mengangkat martabat chef dan tukang masak yang bertaraf selebriti.

Tahniah buat semua Chef yang tercalon dalam kategori Chef Selebriti Pilihan Online. Selain Datuk Fazley, beberapa chef yang disifatkan heavyweight ialah Chef Adu Amran, Chef Azli Razali, Chef Nik Michael dan Chef Wan turut tercalon. Good luck buat semua ya.

Dato’ Fazley Yaakob Lancar Buku Resipi MY SUCRE STORY di Paris

Datuk Fazley Sibuk Masak Tapi Nyanyi Tak Tinggal – APO 2016

[dropcap]S[/dropcap]ecara tak langsung, APO menjadi peluang dan platform yang baik dan sesuai kepada semua chef yang tercalon untuk memperkenalkan nama di mata dunia. Bukan mudah nak tercalon. Jadi, sekali tercalon, setiap Top 5 sekarang ini bekerja keras untuk meraih undi. Ini juga peluang untuk Datuk Fazley berkongsi kegembiraan bersama peminat.

Its a pleasant surprise. Selama ini beliau menyanyi sekarang sibuk dan aktif dengan dunia masakan. Satu pakej yang lengkap untuk membawa jenama ke taraf yang lebih tinggi dan meluaskan empayarnya. Itu kata Datuk Fazley yang hadir lengkap dengan uniform chef dari dapur Suka Sucre semasa Sidang Media dan Pengumuman Top 5 APO 2016. Lagi pun, tak banyak anugerah di Malaysia yang mengiktiraf chef selebriti.

Terbaharu, Datuk Fazley akan melancarkan single terbarunya pada bulan ini.

Jom undi Chef Fazley dalam Chef Selebriti Pilihan Online atau chef selebriti pilihan anda… dan yang penting korang semua kenalah vote Budiey (SENSASI SELEBRITI) untuk Blog Pilihan Online. Layari sekarang: www.apo.mstar.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Cara Dato’ Siti Nurhaliza Perbetulkan Fakta

Sekitar Malam Apresiasi Media 2016 & Anugerah K-20