in ,

Ini Cara Dato’ Siti Nurhaliza Perbetulkan Fakta

Selepas kejayaan Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends, Budiey selalu je usha Instagram penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Nak tengok kemaskini terbaru beliau yang dikatakan sedang bercuti.

Pada hari ini, penyanyi tersohor itu ada menulis respon beliau dengan artikel tulisan wartawan Abang Adam Salleh. Budiey pun belum baca artikel tersebut dan tak tahu apa ‘isi’ dan ‘isu’ yang diceritakan oleh Abang Adam. Dari apa yang Budiey baca, ada teguran yang diberikan. Tulisan Abang Adam menarik di mata Dato’ Siti cuma katanya ada beberapa fakta diperbetulkan kerana tidak tepat. Apa-apa baca je caption Dato Siti kat bawah ini yang Budiey petik dari Instagram @ctdk

adam salleh

Terima kasih Abg Adam Salleh yg dari dulu tak jemu menulis dan ‘menegur’ Saya dalam penulisannya..Banyak ilmu dan pengalaman yg kami kongsi bersama sepanjang sama2 dalam industri yg mencabar tapi menarik ini..Walaupun Saya sebagai anak seni menjadi ‘hak peminat’ , Saya tetap berdiri di Bumi nyata yg saya adalah Hak suami dan keluarga yang mana perlu menjalankan tanggungjawab sbg isteri dan manusia biasa yg ada kemampuan dan batas tertentu.. Tulisan Abang Salleh menarik , tetapi masih ada fakta yg tidak tepat dan perlu di perbetulkan.. Antaranya..Stadium Negara hanya boleh di penuhi sekitar 5000 -7000 orang sahaja setelah di ambil kira penggunaan ruang pentas yg sangat besar😉, Manakala tentang Anugerah pula.Saya di CALONKAN oleh pihak pengganjur dalam beberapa anugerah (melibatkan undian sahaja)& Saya meminta peminat berehat dari MENGUNDI saya kerana saya sudah lihat kesetiaan mereka selama ini dan tidak perlu ‘berlawan lawan’ lagi untuk membuktikan kesetiaan mereka..cukup dengan kehadiran mereka ke Konsert memenuhi segenap ruang ,menyokong Album saya dan saya tak mimpi ke bulan & bintang tetapi jika ruang rezeki ada di hadapan utk ke peringkat lebih jauh , saya gunakan dgn cara terbaik..Tempoh berehat pun saya sudah maklumkan bukanlah ambil masa sampai bertahun lamanya(sampai lepas Raya)…mana tahu tup-tup…Hujung tahun ada pula Rezeki untuk Konsert lagi..seperti yg saya katakan ..saya adalah isteri yg punya tanggungjawab & batas kemampuan..Bagi Yang masih muda dan belum bekeluarga , terusla capai cita2 kalian ke mana sekalipun kerna sampai waktunya kita tetap kembali kepada Fitrah hidup kita.. ‘Berdirilah untuk Terbang menuju Cita Cita & Berpijaklah Di Bumi Nyata ‘…itu saja secara ringkas yg boleh saya jelaskan sbb setiap penulisan sahabat saya adakalanya mereka tidak berada di situasi saya ..mereka melihat & menilai sahaja ..tetapi saya sangat bertuah kerana terus di sayangi oleh sahabat2 yang sentiasa menegur saya ..Terima Kasih Abg Adam.

Betapa penting untuk seseorang penulis itu berada di tempat ‘individu’ yang diceritakan. Semoga segala ini menjadi pengajaran buat kita semua. Bukan mudah untuk menilai manusia. Nak lihat senang, nak rasa itu mungkin susah. Saya kenal dengan abang Adam dan selalu juga membaca artikel hasil tangan dan minda beliau. Banyak memberi teguran membina untuk memajukan industri dan ada kalanya, beliau memberi komentar secara simbolik dan adakalanya beliau cukup berterus terang dalam penulisan beliau. Budiey juga baca komentar dari peminat Dato’ Siti Nurhaliza, macam-macam pandangan juga dilontarkan.

Oh, apa-apa, semoga Dato’ Siti berehat dengan aman dan tenang bersama suami dan keluarga ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CYRILL HASSAN

Peraduan Premiere With Budiey Menonton MR RIGHT

Datuk Fazley Yaakob Bakal Lancar Single Terbaru