in

APO2016 Catat 300,000 Undian Dalam Masa Dua Minggu

Pengundian calon finalis atau top five Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) mencatat jumlah memberangsangkan apabila lebih 300,000 undi diterima sehingga Rabu sejak dibuka pada 1 April lalu.

Daripada 17 kategori anugerah yang dipertandingkan itu, pengundian bagi Aktres Terbaik Pilihan Online mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 25,000 undi.

Tempat kedua teratas pula berpihak kepada kategori Wanita Anggun Pilihan Dnars yang mencatatkan undian sebanyak 23,183 undi manakala tempat ketiga teratas ialah kategori Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online iaitu 23,047.

Ini bermakna, kategori melibatkan pencalonan wanita mendapat sambutan menggalakkan berbanding kategori lain.

Dalam pada itu, lima kategori lain yang memperoleh undian sengit bagi setiap calon bertanding ialah Selebriti Komedi Pilihan Online, Penyampai Radio Pilihan Online, Ikon Fesyen Pilihan Online, Chef Selebriti Pilihan Online.

Bagi kategori itu, beza undi bagi setiap calon ialah antara 10 hingga 100 undi sahaja.

Kategori yang paling rendah mendapat pencalonan ialah Bintang Sukan Wanita Pilihan Online yang setakat Rabu mecatatkan jumlah 17,000 undi.

Dalam pada itu Pengurus Produk mStar iaitu Michael Fredericks berkata, trend undian menunjukkan peningkatan apabila kempen kelab peminat artis berlumba-luma untuk meraih artis mereka menang dalam kategori dipertandingkan.

Ia dapat dilihat menerusi segmen ‘Cakap-Cakap’ dalam laman web rasmi iaitu apo.mstar.com.my selain menerusi Instagram, Facebook dan Twitter dengan hastag #APO2016.

“Setakat ini kelab peminat artis yang kuat berkempen untuk meraih undi ialah kelab peminat Ayda Jebat, Zizan Razak, Siti Nordiana, Datuk Siti Nurhaliza, Mia Ahmad dan Janna Nick,” katanya.

Tambah Michael, pihaknya mengjangkakan jumlah pengundian akan terus meningkat sebelum tarikh tutup pengundian iaitu pada 27 April ini.

APO2016 bakal berlangsung pada 30 April menerusi TV2 yang memperkenalkan 17 kategori melibatkan sembilan kategori hiburan, tiga kategori sukan dan lima bagi kategori Gaya Hidup.

Satu kategori utama iaitu Personaliti Terunggul APO2016 akan dipilih berdasarkan siapakah yang mendapat undian paling tinggi dalam anugerah ini.

Pengundian APO2016 masih dibuka dan boleh dibuat menerusi http://apo.mstar.com.my/cakap-cakap.aspx

Acara ini dijayakan dengan kerjasama Suria FM dan dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja utama.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CYRILL HASSAN

Ulasan Penonton Filem PANDEMIC

Hanya Dua Sebab Mengapa Anda Kena Tonton Telemovie LAGU HIDUP