in

Sekitar Malam Apresiasi Media 2016 & Anugerah K-20

Pada 4 April yang lalu, Budiey & Cyrill ditemani rakan jurugambar kami Firman Mokhtar telah menghadiri Malam Apresiasi Media 2016 & Anugerah K-20 yang diadakan di Tingkat 5, Red Box PLUS Karaoke, pusat membeli-belah Pavilion, KL. Ini adalah acara tahunan Malam Media Red Box Karaoke yang ditunggu-tunggu oleh para media. Inilah masa mereka nak lepaskan stress dan juga dapat berkumpul beramai-ramai. Suasana cukup meriah. Inilah masanya nak meraikan pengamal media yang telah banyak bekerja keras dalam menyokong penubuhan Red Box, Green Box dan Red Box PLUS karaoke, sejak 2001.

Red Box Media Nite 2016

Seperti tahun-tahun sudah, majlis dilengkapkan dengan penyampaian Anugerah Lagu Karaoke Popular 2015, yang terdiri daripada 10 Lagu Karaoke Inggeris & 10 Lagu Karaoke Melayu Popular untuk tahun 2015.

Malam Apresiasi Media 2016 & Anugerah K-20 Meriah

Setiap tahun sememamgnya Budiey tak lepaskan peluang. Manalah tahu, dapat hadiah-hadiah besar pun best jugak. Tapi setakat ini takdelah menang hadiah besar pun. Tambah tak bernasib baik, malam itu, Budiey tak menang apa-apa pun. Cuma Cyrill menang hamper. Tahun lepas dia pun dah menang hamper jugak. Tahniah la buat semua yang menang.

Red Box Media Night 2016

Its okay. Dapat berkaraoke pun dah cukup. Lagi pun perut pula kenyang dapat makan malam dengan lauk pauk yang sedap-sedap.

“Anugerah ini merupakan suatu pengiktirafan untuk lagu-lagu yang mengungguli carta Red Box Karaoke sepanjang 2015. Kami tumpang berbangga di atas kejayaan lagu-lagu tersebut memenangi hati peminat yang berkunjung ke cawangan karaoke Red Box, Green Box dan Red Box PLUS sejak awal Januari hingga akhir Disember 2015. Sememangnya, lagu yang tersenarai di dalam carta ini adalah dibuat berdasarkan pemilihan oleh para pelanggan itu sendiri.

Tahniah saya ucapkan kepada lagu-lagu yang berjaya. Semoga ia terus menjadi satu suntikan semangat kepada para pengkarya untuk terus menghasilkan lagu yang bermutu dan‘karaoke friendly’”, ujar Mr. Michael Yong, Ketua Pegawai Operasi, kumpulan Red Box Karaoke.

Mr. Michael Yong turut berkongsi rasa terima kasih di atas kesungguhan pengamal media dalam menyampaikan mesej positif tentang perkembangan Red Box Karaoke. Ujar beliau “Sepanjang 16 tahun berada di dalam industri, kerjasama yang dijalinkan dengan pengamal media, syarikat rakaman dan rakan niaga seperti aktiviti pelancaran produk atau album, promosi bersama artis, telah banyak membantu mempromosikan nama Red Box hingga kami mampu menonjolkan kelainan! Antaranya, penganjuran acara Anugerah Lagu Karaoke Popular K20 ini sendiri”. Beliau turut menzahirkan harapan agar kolaborasi dan hubungan baik antara pihak pengurusan Red Box bersama rakan media, syarikat rakaman dan rakan niaga terus dikekalkan.

Manakala, dalam meningkatkan interaksi dan servis kepada pengguna dan mengekalkan momentum Red Box sebagai teraju pusat hiburan karaoke yang sihat dan berkonsepkan keluarga di Malaysia, Red Box turut bergerak aktif untuk capaian dalam talian dengan saluran utamanya di FB www.facebook/redboxfans dan informasi lain berkaitan artis atau promosi boleh dicapai melalui Saluran Media Baru (New Media Network) seperti laman web rasmi, YouTube sebagai saluran TV/Video, Twitter & Instagram. Selain mempromosikan program terkini, pengikut berpeluang memenangi pelbagai tiket wayang mahupun tiket menonton konsert artis kegemaran mereka di saluran tersebut.

Majlis turut menyaksikan pelancaran “Help For Kids”, sebuah projek amal dalam membantu mengumpul dana untuk tabung kebajikan iAMFaithmen Movement, dalam membela nasib kanak-kanak terbiar di seluruh Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Perasmian dibuat oleh Mr. Michael Yong bersama Pengasas iAMFAITHMEN Movement, Faizal Tahir, dan penaja utama kempen tersebut yang diwakili Pengarah Urusan RedSTILETTO Camper, En. Mohd. Fairul Rizal & Pengasas Aura White Beauty, Puan Furyna Azmeer.

Melalui beg amal “Help For Kids” yang sudahpun dijual di semua rangkaian Red Box dan Green Box, RM10 akan didermakan kepada dana terbabit. Majlis diserikan dengan aktiviti berkaraoke, makan malam, dan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah seperti LCD, telefon pintar, set wangian berjenama, baucar tunai, hamper dan lain-lain.

Red Box Media Nite 2016

Red Box Media Nite 2016

Red Box Media Nite 2016

Red Box Media Nite 2016

Red Box Media Nite 2016

Red Box Media Nite 2016

Red Box Media Night 2016

Red Box Media Night 2016

Red Box Media Night 2016

Red Box Media Night 2016

Red Box Media Night 2016

Red Box Media Night 2016

MEDIA APPRECIATION NIGHT 2016 & “K-20” AWARD

Red Box’s Media Night, the most awaited event among members of the media, recording companies, guest from the music industry, local artistes and celebrities and business partner was held once again at one of its favourable outlets at Level 4, Red Box PLUS Karaoke, Pavilion, KL.

Similar to previous years, the Top 20 Most Requested Karaoke Award, also known as “K-20” Award were presented at the event, representing Top 10 English Karaoke & Top 10 Malay Karaoke of year 2015.

Mr. Michael Yong, as Chief Operating Officer of Red Box Karaoke Group, during his speech told, “I’m extremely pleased to present the Top 20 Most Requested Karaoke Award in recognition for the artistes’ incomparable talent and their contribution towards the entertainment industry.

Each song listed is made based on Red Box customers’ choice from early January until end of December last year. It is fair for me to say that this award is not only a form of appreciation to the artiste but also to the lyricists and composers. So, congratulations to all winners! May they continue to produce work that is not only quality, but also “karaoke friendly”. Mr. Michael Yong in his speech also shared his overwhelmed feelings on the continuous support given by the media members which allowed Red Box to be in the industry for 16 over years.

He added, “Full support from the media and collaboration with the recording companies through promotional activities with the artistes, both local and international has made Red Box truly well-known among customers, which allow us to go extra miles and to organize such an extraordinary Top 20 Most Requested Karaoke Award, the first of its kind in the karaoke history. This definitely demonstrates the uniqueness of Red Box compared to other karaoke outlet out there. We will strive tirelessly to keep growing by doing what is right for the long term, and always with the personal conviction of taking care of everyone’s need; our valuable customers, the recording companies, local celebrities, business partners, and members of the media”.

And today, to further strengthen Red Box’s service and in order to stay connected with the technology savvy consumers, Red Box has ensured that all information either related to artistes or in-house promotions are accessible through its New Media Network where followers would be able to win movie tickets or concert tickets to watch their favourite artiste live performance.

Through the integration of its official Web page, YouTube as a channel TV / Video, Twitter & Instagram as a communication and fans engaging channel, all of these channels are connected directly to the official Facebook of Red Box www.facebook.com/redboxfans as the main channel.

Continuing its CSR tradition, a fundraising campaign called “Help For Kids”, to serve the less fortunate children aged between 6 – 18 years old, regardless of race, religion and location of home was launched at the event. The ceremony was officiated by Mr. Michael Yong and the Founder of iAMFAITHMEN Movement, Faizal Tahir, and representatives of the main sponsor; the Managing Director of RedSTILETTO Camper, Mr. Mohd. Fairul Rizal & the Founder of Aura White Beauty, Ms. Furyna Azmeer. From each bag sold, RM10 will go towards iAMFAITHMEN Movement charitable programs dedicated to increase the quality of life of those kids. There were tons of activities happened on that night including karaoke session, buffet dinner, and lucky draws, which offered various prizes such as LCD TVs, smartphone, branded perfume sets and many more.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Fazley Yaakob Bakal Lancar Single Terbaru

Band BITTERSWEET Lancar Album BTSWT