in , ,

Datuk AC Dikritik Melawak Tak Kena Tempat di MeleTOP

Kalau boleh, jangan guna body shaming nanti orang naik muak. Itulah kata-kata kritikan yang dilemparkan oleh pelayar Youtube semasa pengacara popular Datuk AC menjadi hos di MeleTop semalam. Apa yang tak kena lagi ni? Jom baca.

Pengacara dan juga penyanyi, Datuk AC dikritik lagi. Kali ini, lagi teruk. Ramai pelayar Youtube meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara Datuk AC mengacarakan program popular MeleTop semalam bersama Neelofa.

Datuk AC yang menggantikan tempat Nabil dikatakan menggunakan cara lawak yang tidak betul dan tidak bertempat. Bergurau kenalah sesuai dengan tempatnya.

Ramai netizen mencadangkan agar Datuk AC tidak lagi dijemput untuk menjadi hos di MeleTop selepas ini. Cara beliau mengendalikan program ini dikatakan tidak sesuai sebab banyak mencelah semasa tetamu tengah bercakap. Gemar menggunakan perkataan yang menunjukkan ‘body shaming’ membuatkan ramai netizen turut terasa hati dan membuatkan mereka rasa ‘annoying’.

Agak ketara semasa Linda Rafar menjadi tetamu untuk memberi penerangan tentang kes saman 100 orang netizen ekoran dari kontroversi ‘tak tukar cadar’ yang tercetus baru-baru ini.

Begitu juga semasa sesi bersama Fairuz, seorang penyanyi yang tular kerana mirip dengan penampilan Allahyarham P. Ramlee. Datuk AC mencelah semasa Fairuz sedang asyik bercakap dan berseloroh tentang cara Fairuz duduk terlampau menegak.

Budiey harap Datuk AC menerima kritikan netizen dengan fikiran terbuka dan memperbaiki mutu dan cara persembahan semasa menjadi hos selepas ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

[TRAVEL] Kemewahan Terjangkau di Hilton Bandung

Tentang Drama PLAN CINTA Lakonan Redza Rosli & Azar Azmi