in ,

[TRAVEL] Kemewahan Terjangkau di Hilton Bandung

Kota Bandung di Indonesia semakin hari semakin membangun dan bandar di Jawa Barat Indonesia ini terus kekal sebagai salah satu destinasi pilihan utama pelancong Malaysia.

Hampir setiap hujung minggu, bandar ini bukan sahaja dipenuhi dengan kemasukan para penduduk dari Jakarta, tapi juga para pengunjung dari Malaysia dan Singapura. Sesuai dengan industri pelancongannya yang terus berkembang, jumlah hotel juga semakin banyak di kota ini.

1_Hero Shot

Walaubagaimanpun hanya terdapat beberapa hotel di sini yang dapat memberikan kemudahan dari segi lokasi ke pusat membeli-belah, tempat-tempat makan dan juga pusat pengangkutan. Salah satu hotel yang dimaksudkan adalah hotel berjenama antarabangsa yang sudah agak lama bertapak di Bandung iaitu Hotel Hilton Bandung.

Berbekalkan kedudukan strategik yang terletak sangat dekat dengan stesen keretapi dan lapangan terbang Bandung serta kawasan membeli-belah, hotel ini pastinya menjadi pilihan tepat buat mereka yang mahukan kemudahan semasa melawat kota Bandung.

2_Grand Lobby

Malah, pengunjung yang turun di stesen keretapi Bandung boleh berjalan kaki ke hotel ini dan jarak waktu dari stesen ke hotel tidak sampai 10 minit! Pusat membeli-belah Paskal juga terletak di kawasan bersebelahan hotel ini untuk kemudahan pengunjung.

Selain itu hotel ini memberikan perkhidmatan terbaik buat para pengunjungnya. Dilengkapi dengan bilik-bilik yang cantik dan bersambung dengan kemudahan internet wi-fi, pelanggan diberi kebebasan untuk memilih penginapan yang sesuai.

3_King Deluxe

Dari kebanyakan bilik yang ada, para tetamu juga berpeluang menyaksikan pemandangan kapal terbang yang berangkat dan mendarat berkat kedudukan lapangan terbang yang tidak jauh dari lokasi hotel.Di samping senireka dalamannya yang cantik, hotel ini juga sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga kerana ia mempunyai kemudahan-kemudahan seperti kolam renang, pusat kesihatan serta gimnasium, dan semestinya restoran yang menyajikan pelbagai pilihan makanan enak seperti makanan tempatan dan juga hidangan antarabangsa. 

7_Purnawarman Restaurant

Malah menu tempatan mereka memang harus dicuba jika diberi peluang. Jadi singgahlah ke Restoran Purnawarman. Restoran ini turut menyokong perlindungan alam sekitar dengan menggunakan straw kertas sekiranya para tetamu mahukan straw untuk minuman.

Mereka juga mempunyai ruang khas buat kanak-kanak bermain iaitu Kids Club. Kolam renang mereka juga menjadi tempat kegemaran untuk mengambil gambar kerana senireka lanskapnya yang menarik berkat pondok-pondok kabana di tepi kolam renang.

Ia juga menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti dewan dan ruangan khas bagi tujuan mesyuarat, seminar, majlis-majlis tertentu dan seumpamanya.

Kesimpulannya, hotel Hilton Bandung memang harus dikunjungi sekiranya anda mahukan kesenangan sewaktu berlibur di Bandung kerana ia menawarkan hanya yang terbaik buat setiap pengunjung!

Oleh: Shah Shamshiri

11_Kids Klub
Whatsapp Image 2019-01-29 At 11.15.45 Pm
Whatsapp Image 2019-01-29 At 11.17.26 Pm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hebat Vokal Adira Nyanyi PUJAAN HATI di Viewing Party

Datuk AC Dikritik Melawak Tak Kena Tempat di MeleTOP