in ,

Fazley Yaakob Cari Jodoh Buat Ibu, Tak Mahu Suami Orang

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mahu mencarikan jodoh buat ibunya Datin Umi Kalsom Abdol Latib selepas lima tahun kematian suami, Datuk Yaakob Mohammad.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fazley berkata dia sendiri tidak tahu mengapa hatinya tergerak untuk memuat naik perkongsian tersebut.

“Saya nak cari jodoh untuk ibu saya! Saya sendiri tak tahu kenapa saya tergerak hari ini membuat hantaran ini. Kali terakhir saya buat hantaran sebegini ialah ketika saya cari jodoh untuk adik perempuan bongsu saya. Alhamdulilah, dah dirisik pun oleh bakal suaminya.

“Kini saya nak usahakan untuk ibu saya tercinta pula. Sememangnya soal jodoh dan pertemuan, semuanya rahsia Allah. Kita sebagai manusia akan kekal berusaha dan berdoa. Ini adalah usaha saya untuk ibu saya yang tercinta,” katanya.

Dalam entri tersebut, Fazley turut menyenaraikan ciri-ciri lelaki yang bakal menjadi bapa tirinya. Syarat yang paling penting adalah lelaki tersebut bukanlah suami orang.

Fazley turut mencari lelaki yang jujur serta mempunya isifat sabar dan penyayang. Ujarnya lagi, adalah lebih baik jika bakal suami ibu suka makan kerana ibunya suka memasak.

Terdahulu, suami Umi Kalsom iaitu Allahyarham Yaakob Mohammad meninggal dunia pada Februari 2016 akibat komplikasi paru-paru.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syatilla Melvin Hamil Kali Ke-6 Selepas 3 Kali Gugur, Shaheizy Sam Mohon Doa Kandungan

Masalah Air Kotor Selesai, Penduduk Kelantan Minta Fizo Omar Buat Live di Rumah Mereka