in , ,

LoveLove HAHAHA!HAHAHA! WinWin CuteCute OMG!OMG! SEDIHSEDIH

Naluri Datin Alyah Tepat Memilih di I Can See Your Voice Malaysia 2

‘Cool’-Nya Datin Alyah!  Semua Sangkaan Nalurinya Tepat!

Alyah

Mungkin benar apa yang orang kata, naluri seorang wanita itu amat kuat. Ramai yang kagum dengan kebolehan Datin Alyah selaku artis jemputan untuk mengenal pasti siapa penyanyi sebenar dan siapa pula penyamar bersuara sumbang dengan senang di episod keempat program I Can See Your Voice Malaysia 2 (ICSYVMY2) yang telah pun bersiaran di Youtube dan TV3. Yakin dengan pilihannya, Datin Alyah telah membuat keputusan untuk berduet dengan penyanyi misteri bergelar ‘H2 + O = H2O’ (Putri Zarith Ziana Binti Sulaiman). Walaupun ada yang curiga dengan kebolehan Putri untuk menyanyi, Datin Alyah tetap dengan pendiriannya.

I Can See Your Voice Malaysia 2 - Alyah

“Saya nampak dia menyanyi tadi memang macam suaranya, bukan pinjam suara orang lain,

– Datin Alyah

Itulah yang dikatakan oleh Datin Alyah selepas melihat persembahan lip-sync oleh Putri. Keputusan beliau untuk berduet dengan Putri juga disokong oleh Seelan Paul (penyiasat tetap) yang telah menyatakan suara Putri seakan-akan suara Datin Alyah, setelah mendengar rakaman suara sebenar penyanyi misteri itu.

I Can See Your Voice Malaysia 2 - Alyah

Apabila Putri telah berjaya mara ke pusingan penentuan, para penonton serta panel penyiasat termasuklah Awal Ashaari dan Marsha Milan selakupenyiasat jemputan ternanti-nantikan pendedahan sebenar suara Putri.

Mendendangkan lagu berjudul ‘Sesal Separuh Nyawa’, semua orang telah memberi sorakan gemuruh selepas mendengar suara sebenar Putri yang merdu sekali, menandakan bahawa Datin Alyah berjaya memilih penyanyi sebenar untuk berduet dengannya.

I Can See Your Voice Malaysia 2 - Alyah

Ini bermakna, Putri berjaya melayakkan diri untuk membuat persembahan bersama artis-artis ternama tanah air di Showcase ICSYVMY 2. 

Lebih menarik lagi, Datin Alyah juga berjaya membuat satu  persembahan yang hebat sekali, walaupun beliau sedang demam ketika itu.

Perwatakan Datin Alyah yang kelihatan amat ‘cool’dan berkeyakinan ketika mengenal pasti penyamar telah mendapat pujian ramai di laman media sosial. Ada yang menyatakan bahawa mungkin Datin Alyah merupakan orang lama dalam industri, dan sebab itulah hanya satu sahaja daripada enam tekaan beliau yang salah.

I Can See Your Voice Malaysia 2 - Alyah

Terdahulu, Datin Alyah telah menyingkirkan ‘Senibina Berseni’ (Muhammad Mu’azzam Shah Bin Husin)yang merupakan seorang penyanyi sebenar. Terkejut dengan kesilapannya itu, Datin Alyah menjadi lebih berhati-hati dengan setiap pemilihannya. 

Di pusingan kedua, dua lagi penyanyi misteri iaitu ‘Gadis Akua’ (Siti Norfarahin Irfahani Binti Abdul Malik) dan ‘Cef Wan 2.0’ (Mohamad Iskandar Afif Bin Abdullah)terpaksa mendedahkan suara sebenar mereka di pentas penentuan apabila tersingkir.

Namun, pilihan Datin Alyah ini membuahkan hasil kerana mereka sememangnya adalah penyamar bersuara sumbang.

Untuk pusingan ketiga, tiga ahli penyiasat perlu mempertahankan seorang penyanyi misteri. Mereka diberi peluang untuk mendengar secara individurakaman suara sebenar penyanyi misteri.

I Can See Your Voice Malaysia 2 - Alyah

Nabila perlu membezakan benar atau bohong berdasarkan penerangan ahli penyiasat dan telah diberi masa 100 saat untuk berbincang dengan ahli penyiasat dan penonton sebelum membuat keputusan. 

Selepas selesai berbincang, Datin Alyah telah menyingkirkan ‘Sedap Keropoknya’ (Amirah Hamizah Binti Azmir) dan ‘Pembikin Lantai’ (Mohd Nazrie Bin Ronie) di mana Amirah adalah seorang penyamar bersuara sumbang, dan Nazrie pula adalah penyanyi sebenar.

ICSYVMY musim kedua dihoskan oleh dua pengacara yang sememangnya lucu dan pasti membuatkan penonton tidak kering gusi iaitu Shuk Sahar dan Sean LJE. Manakala tugas sebagai “penyiasat tetap” pula masih lagi digalas oleh Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul sama seperti musim pertama. 

Selain tiga penyiasat tetap ini, mereka turut ditemani oleh dua lagi orang penyiasat jemputanuntuk membantu artis jemputan mengenal pasti siapakah sebenarnya penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi-penyanyi misteri ini.

Setiap penyanyi misteri yang disingkir akan ke pentas penentuan yang mana beliau akan mendedahkan suara sebenar. Seandainya penyanyi misteri terakhir merupakan penyanyi sebenar, penyanyi itu akan dapat menyertai Showcase ICSYVMY2 dan membuat persembahan bersama artis-artis ternama tanah air. Namun, jika penyanyi misteri terakhir merupakan penyamar, beliau akan membawa pulang RM3,000.

I Can See Your Voice Malaysia 2 - Alyah

ICSYVMY musim kedua ini dibawakan khas oleh Oppo selaku penaja bersama. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan artis-artis jemputan kesayangan ramai. Antaranya Hael Husaini, Khai Bahar, Nabila Razali, Datin Alyah, Syamel, Siti Sarah, Floor 88, Haqiem Rusli, Ella, Ajai, Sam BunkfacedanMas Idayu. Showcase ICSYVMY pula disertai oleh Misha Omar, Ara Johari, Andi Bernadee dan Luqman Faiz.

Selain itu, ICSYVMY 2 turut menampilkan Hot FM sebagai Geng Radio dan OHBULAN! sebagai Geng Digital. Krew penerbitan ICSYVMY musim kedua pula diketuai oleh Mas Ayu Binti Ali selaku Penerbit Eksekutif, dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit merangkap pengarah. 

Dapatkah anda mengenal pasti siapa penyanyi sebenar dan siapa pula penyamar bersuara sumbang? Jangan lupa untuk saksikan ICSYVMYmusim kedua pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam, hanya di TV3ICSYVMY juga boleh dapat disaksikan menerusi strim LIVEsecaraHD di tontonYouTube TV3 Malaysia Official dan YouTube TV9 Malaysia Official.

Hangatkan lagi perbualan anda dengan menggunakan #ICSYVMYdi laman media sosial anda.Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook & Instagram di @tv3malaysia.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tentang Pementasan Teater NEO DISIDEN

Ibu Fizo Sedih Dituduh Punca Fizo & Mawar Bercerai