in ,

Tentang Pementasan Teater NEO DISIDEN

Pementasan Teater Neo Disiden Menyatukan Kembali Alumni, Graduan Teater Dan Pelajar Teater Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan

Fakulti Teater ASWARA dengan kerjasama 4 Element Resources akan mementaskan sebuah teater Neo Disiden hasil tulisan Siti Jasmina Ibrahim yang juga merupakan graduan Fakulti Penulisan Aswara. Teater inspirasi dari naskhah agung William Shakepeare Julius Caesar dan Tragedi Brutus ini diadaptasikan ke sebuah dunia yang memperlihatkan kebangkitan sebuah generasi dalam perjuangan mereka.

neo

Neo Disiden membawa makna penentangan baru merujuk kepada sebuah kelompok yang berpegang pada tradisi sebuah organisasi dari ancaman monarki dan diktator yang melanggar norma yang selalu diamalkan oleh mereka yang ada dalam organisasi. Ianya digambarkan menerusi kehidupan sisi gelap organisasi mafia yang n boleh berlaku di mana-mana.

Pementasan NEO DISIDEN adalah cetusan idea dari lahirnya pementasan teater GEDEBE yang pernahdiarahkan oleh Nam Rondan dipentaskan pada tahun 2001 di Pangggung Eksperimen ASWARA.

Beliau yang telah anugerah Pelakon Terbaik FFM ke 29, Pengarah Terbaik FFM ke 30, Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA)kali ini bertindak sebagai Pengarah Artistik. 

Namun demikian pementasan kali ini diberi intrepretasi baru, sebuah dunia baru digambarkan menerusi sisi gelap pergerakan mafia berkonsepkan ‘noir’, kegelapan, kepincangan dan kepura-puraan.

Ianya dianggap bersesuaian konsep yang dibawa berbeza dengan konsep skinhead dan punk yang ditampilkan dahulu.

Teater yang diarahkan oleh Khairunzawan Rodzy ini menggabungkan kembali Alumni Aswara yang juga merupakan graduan teater yang telah pun mencipta nama dalam industri seni.

Antaranya Nam Ron, Amerul Effendi (Pelakon Pembantu Terbaik AIFFA), Rosdeen Suboh (Pelakon Terbaik FFM Ke 30), Taiyuddin Bakar, Along Eyzendy, Mustakim Mohamad, Muhamad Shaqirin dan juga 20 pelajar Diploma Teater Tahun 2.

Sinopsis Teater NEO DISIDEN

Neo Disiden bergerak dari perspektif Brutus, suatu gambaran penentangan keberanian membina suatu suara baru yang memperjuangkan nasib rakyat terhadap pemerintahan Caesar yang dianggapnya sebagai pemerintah yang lupa pada kewajipan sebagai pemerintah. Dari perancangan, konspirasi suatu disiden yang baru telah diangkat. Dan kematian kuasa pemerintah itu, menjadi petanda keruntuhan sebuah makna mutlak dalam diri manusia. Neo Disiden memperlihatkan pertembungan konflik diri, nilai persahabatan dan kesetiaan, penentangan, persengketaan dan perbezaan ideologi antara Brutus, Cassius dan Antonius yang cuba mencari erti sebuah perjuangan dan kebenaran. 

TENAGA KREATIF

PENGARAH ARTISTIK

SHAHILI ABDAN atau lebih dikenali sebagai Nam Ron merupakan  graduan 1994/1999 Akademi Seni Kebangsaan ASK/ASWARA. Menerusi Filem Redha beliau dianugerahkan Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah  Skrin dan   2012 Festival Filem Malaysia ke -29. Meneruskan kecemerlangannya dalam industri perfileman apabila sekali lagi diangkat sebagai Pengarah Terbaik melalui filem OneTwo Jaga di FFM30 dan kini  beliau  seorang pengarah,  penulis skrip  dan pelakon. 

PENGARAH

KHAIRUNAZWAN RODZY merupakan graduan Fakulti Teater ASWARA. Pada  tahun  2006  beliau bergerak  semakin   aktif   dalam   bidang persembahan teater. Pelbagai pengalaman kerja yang beliau sertai.  Di antaranya  ialah  sebagai pengarah  artistik  Rumah Produksi,  jurulatih teater, juri festival teater dan banyak lagi. Antara pencapaian  beliau  adalah Pengarah  Termuda yang  mengarah  di Panggung  Sari,  Istana Budaya, pemenang anugerah skrip teater terbaik : Ratna Khadal dan Perang Terakhir.

PENOLONG PENGARAH

NAQUE ARIFFIN graduan ASWARA dan merupakan aktivis dan pendidik teater yang begitu aktif dari 2008.  Lulusan  Sarjana  (MA)  dari  Institut Kesenian  Jakarta,  Indonesia ini  merupakan pemenang “Best Actor In a Supporting Role” Boh Cameronion Arts Awards    2012  di bawah  teater arahan Fared  Ayam  “Teater  Short Eyes”  dan Pemenang   Pengarah    Teknikal    Terbaik (Pencahayaan) Teater Pendek Dewan Bahasa & Pustaka 2013. Beliau merupakan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Teater Pendek Negeri Sembilan 2016 dan Pelakon  Terbaik  Pentas  Ekspresi Dewan Bahasa dan Pustaka 2017.

PENULIS SKRIP: SITI JASMINA IBRAHIM

Penulis  profesional  prolifik dalam  sastera  dan  seni  sejak  1996. Graduan  pertama  diploma dan  ijazah sarjana  muda  Penulisan Kreatif di Akademi Seni Kebangsaan, graduan ijazah sarjana muda Komunikasi  di Universiti  Putra  Malaysia  dan Graduan  pertama Sarjana Seni Kreatif (Master Of Creative Art) di Pasca Siswazah, Pusat  Penyelidikan,  

Kecemerlangan  dan  Kesarjanaan Artistik, ASWARA. Menulis pelbagai medium penulisan iaitu novel, cerpen, rencana  seni  , drama  pentas,  drama  tv, dokumentari  dan  filem. Penerima Anugerah Seni Negara ke-8 (Drama Pentas), Penerima Anugerah MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara) di Indonesia. Memenangi Anugerah Seri Angkasa 2010 untuk Skrip Drama TV Terbaik  bertajuk  ‘PEREMPUAN’.    4 kali  tercalon  finalis  kategori skrip tv  terbaik  melalui  telemovie PEREMPUAN’,  ‘AKHIRNYA KISAH  PEREMPUAN’,  ‘SELIGAR’  dan ‘REKAH’  di    Anugerah Skrin. Novel sastera remaja ‘Trilogi Cinta’ dan skrip drama pentas ‘Hikayat  Qaziq’  menerima  anugerah  berprestij  dalam  sastera kebangsaan  iaitu  Hadiah  Sastera Perdana  Malaysia tahun 2002/2003 & tahun 2010.

BARISAN PELAKON

Amerul - Tanpa Teks
Amerul Affendi

MOHD AMERUL AFFENDI BIN MOHD MAWARDI atau lebih dikenali sebagai Amerul Affendi adalah graduan teater 2005/2008 yang tidak dinafikan lakonannya. Menerusi watak lakonannya sebagai Toyu dalam filem Terbaik dari Langit (2014), beliau dianugerahkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 pada 2015. Berkat kesungguhan dan kesabarannya, beliau sekali lagi diangkat sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 menerusi filem One Two Jaga. Malahan beliau turut diundang untuk muncul dalam klip video Yuna, penyanyi yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Mustaqim - Tanpa Teks
MUSTAQIM  MUHAMAD

MUSTAQIM  MUHAMAD  adalah  graduan Fakulti Teater  ASWARA Tahun 2007/2010 amat aktif menyertai pementasan teater moden dan tradisional semasa meneruskan pengajian. Melihat potensi diri, beliau mula aktif dalam lakonan drama antaranya keluarga Iskandara 1 dan 2, Jodoh 2, 13 Khurafaat, Cinta 100KG, Keluarga Baha Don, telemovie Ilham, Nota Silam, Hari Terakhir Seorang Pengurus, Kilas dan Lesen Besar. Turut membintangi filem   Penunggu Istana, Aku Foto Kau, CEO, MOTIF, Keluarga Iskandar The Movie.

Kudin - Tanpa Teks
DR  ROSDEEN  SUBOH

DR  ROSDEEN  SUBOH  adalah  graduan diploma teater Akademi Seni Kebangsaan 1994/1998 (ASWARA) dan kemudian melanjutkan  pengajian Ijazah Muda dan kini telah memperolehi Ijazah doktoran dari Universiti  Malaya. Beliau yang baru  memenangi anugerah Pelakon  Lelaki Terbaik FFM ke-30 ini juga merupakan  pensyarah di Universiti Malaya. Beliau dikenali menerusi watak Encik Noordin dalam Alang Rentak Seribu arahan Ahmad Yatim yang dipentaskan di Istana Budaya. Malahan berkemampuan menjadi seorang peran yang mencuit hati dalam Makyung Raja Tangkai Hati. Walaupun demikian beliau turut aktif dalam dunia pengarahan. 

Tai - Tanpa Teks
Tai

SALLEHUDDIN ABU BAKAR atau lebih dikenali sebagai Tai anak kelahiran Johor ini merupakan graduan diploma teater 2002/2005 ASK. Di awal penglibatan beliau aktif dalam lakonan dan pengarahan teater dan dianugerahkan sebagai Pengarah Terbaik menerusi  teater  Anak  Bulan  Di Kampung  Wa’  Hassan, Festival Teater Kuala Lumpur 2005. Beliau juga tidak asing dalam dalam drama antaranya Anak Pontianak, Demi Tuhan Aku Bersaksi, Selamat Hari Jadi Abah dan banyak lagi. Terkenal dengan tagline ‘Apa Celop Toq, beliau terus giat mengorak langkah dalam dunia perfileman menerusi lakonannya dalam Lu Pikirlah Sendiri (2008). Hantu Boncang (2011), Libas (2011). Beliau dianugerahkan sebagai Pelakon Harapan lelaki Terbaik di FFM ke 24.

Along - Tanpa Teks
ALONG EYZENDY

ALONG EYZENDY terlebih dahulu memulakan  kerjaya awalnya  sebagai  pelajar muzik ketika menyambung  pelajaran dalam jurusan muzik di Akademi Seni Kebangsaan 2002/2004. Namun menyedari minat yang mendalam pada lakonan teater beliau menyambung pengajian dalam Diploma Teater. Bakat lakonannya digilap apabila sering melibatkan diri dengan lakonan teater samada tradisional mahupun moden. Antaranya Gedebe, Kereta Kencana, Nyonya, Alang rentak Seribu bendahara Garang Perak, makyung Raja Muda Lakleng. Sejak tahun 2006 kerjaya lakonannya berkembang di kaca televisyen menerusi drama penyiasatan CID 3278 terbitan Rosyam.  Lakonan  filem pertamanya  ialah  pada  2003  menerusi  filem arahan Nam Ron, Gedebe.

Hairi - Tanpa Teks
HAIRI SAFWAN

HAIRI SAFWAN merupakan  Juara musim pertama Program Realiti TV ASTRO tahun 2009.  Anak kelahiran Kedah ini merupakan graduan  Akademi Seni Kebangsaan (ASK/ASWARA)  ini  juga memulakan kerjaya  lakonannya menerusi teater Sirih Bertepuk Pinang Menari, Kerusi, Pentas Opera, Lawyer Dahlan, Don’t Look Back, teater tradisional mek mulung Puteri Cahaya Bulan, bangsawan Raden Galoh, Badang dan banyak lagi.  Sekitar tahun 2002 beliau melebarkan bakat lakonannya menerusi  drama TV antaranya Cinta Madinah, Geng Kampung Pisang, Seindah Takdir Cinta, Lelaki Kiriman Tuhan Kecuali. Pernah dianugerahkan Juara FTM (monolog) 2001, Pelakon Lelaki Terbaik FTM (2008), Pelakon Lelaki Terbaik FTM 2012, Pengarah Terbaik FTM Peringkat Negeri Perlis menerusi teater Kasorga (2015) dan Juara Festival Teater Malaysia 2018 menerusi teater MatDerih Kola Perlih.

Aril - Tanpa Teks
AHMAD KUSHAHRIL

AHMAD KUSHAHRIL atau lebih dikenali dengan Arielganu anak kelahiran Terengganu, graduan Diploma Teater di ASK 2004/2007. Aktif berteater semasa  bergelar pelajar antaranya bangsawan Badang, bangsawan Megat Panji Alam, makyong Raja Panah, teater klasik Tartuffe, Tikar Mengkuang Hamparan Bulu, Tanah Bernanah, teater kanak-kanak Si Belalang Kenit, Terkapar. Pernah diundang sebagai Penolong Pengarah persembahan teater muzikal kanak-kanak Sinbad di Istana Budaya. Dikenali dengan watak antagonis Rafail dalam filem Polis Evo, drama Misteri Penarek Beca, Dendam Kesuma Tun Fatimah, Gadis Melayu dan drama berisi C.I.D. Di samping itu beliau telah dilantik sebagai translator  skrip bagi filem Redha

Kirin - Tanpa Teks
KIRIN MUHAMAD

KIRIN MUHAMAD pemegang Diploma Teater 2007/2010 ini menjuruskan diri dalam bidang pengarahan. Aktif melibatkan diri dalam pementasan teater mahupun bertindak sebagai orang penting di belakang tabir produksi Televisyen. Antara lakonan yang pernah dijayakan ialah Muzikal Tun Abdul Razak, muzikal Sekuntum Mawar Merah, muzikal Sudirmania, Jam Dinding Berdetak, Gadis X: Kolaborasi Malaysia, Japan. Turut giat berlakon dalam filem seperti CEO, Nabil & Co, Drama Cinta Rubiah. Dalam bidang pengarahan beliau telah mengarahkan teater Titus Andronicus, Aghi Ni Jadi Jaha, Interview, Tetamu Tak Diundang dan banyak lagi. Beliau pernah tercalon menerusi Best Production Design untuk BMW Shorties 2018.

MAKLUMAT PERSEMBAHAN

Tarikh: 19 Julai hingga 21 Julai 2019  

Masa: 19 Julai 2019 – 8:30 malam  

: 20 & 21 Julai 2019 – 3:00 petang & 8:30 malam  

Tempat: Pangggung Eksperimen, ASWARA

Tiket: RM 55 & Rm 40 (Umum)

           RM 25 (Pelajar)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Bangkit Nostalgia Siar Filem GILA-GILA REMAJA

Naluri Datin Alyah Tepat Memilih di I Can See Your Voice Malaysia 2