in ,

DAP Tukar Taktik Izin Tayang Tanda Putera Muilai Sabtu

Selepas dikecam hebat oleh peminat filem dan juga pencinta negara Malaysia, DAP pun tukar taktik, sekarang ini, mereka izin tayang Tanda Putera mulai Sabtu pulak. Filem patriotik ‘Tanda Putera’ akan ditayangkan di pawagam di Pulau Pinang mulai Sabtu ini, itu kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Syabas! Tidak mengapalah, asalkan dapat tayang. Jangan pulak tak tayang langsung.

Beliau dalam status terbaharunya di laman sosial Facebooknya berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah diminta untuk memastikan tayangan filem itu di Pulau Pinang diteruskan.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta pengusaha pawagam di negeri itu untuk tidak menayangkan filem yang disifatkan pembangkang sebagai kontroversi itu.

Namun Lim dalam satu kenyataan hari ini berkata ia berupa nasihat dan bukannya larangan.

“Mungkin atas desakan dan kemarahan rakyat atas tindakan tidak bijak melarang tayangan Tanda Putera, pihak pawagam terima surat baru – NASIHAT bukan ARAHAN,” kata Shabery.

Katanya jika benar ada babak-babak fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dalam filem itu, mereka yang tidak berpuas hati boleh membuat laporan polis dan aduan kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menangi Jam Tangan Dalam Peraduan Time To Reload

KL Gangster 2 Bocor Di Internet Syamsul Beri Amaran