in

KL Gangster 2 Bocor Di Internet Syamsul Beri Amaran

Selepas menyedari filem terbarunya, KL Gangster 2 telah tersebar di internet meskipun belum ditayangkan kepada umum, pengarah Syamsul Yusof telah memberi amaran keras terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut. Satu amaran keas telah dimaklumkan menerusi akaun Facebook miliknya.

KL Gangster

“Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuat naik filem KL Gangster 2 tanpa kebenaran, di mana-mana media sekalipun.

“Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab.”

Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian Online, Syamsul dikatakan telah membuat laporan polis berhubung perkara ini, pagi semalam.

Manakala bapa Syamsul iaitu penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof HaslamYusof berkata, pihaknya akan mengadakan satu sidang media khas pada hari ini di Pawagam Mini P.Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) jam 3 petang untuk menjelaskan hal penyebaran KL Gangster 2 di Internet malah dikatakan boleh dimuat naik secara percuma.

KL Gangster 2 menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sofi Jikan, Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan, Rosyam Nor dan Syamsul sendiri. Filem yang menelan kos RM4.5 juta itu bakal ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober ini.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

DAP Tukar Taktik Izin Tayang Tanda Putera Muilai Sabtu

Gambar Sekitar Media Meet & Greet Pawn Stars Malaysia