in

Coretan Jurnal Aril Akademi Fantasia 7 Tersebar Melalui Email

Semalam, Budiey ada menerima email daripada seorang pembaca yang meminati AF7. Dilampirkan juga coretan diari atau jurnal salah seorang pelajar bernama Aril. Samada betul atau tidak tulisan ini adalah tulisan Aril, masih belum dapat dipastikan lagi.

Baru2 neh me dapat Email-mengatakan tentang aril Af7. Dimana secara terang-terangan beliau ketara tidak menyukai Adam-semasa diberikan tugasan menyanyikan lagu Adam iaitu Robot n Benar2.Ini DIPERKUKUHKAN lagi dengan Bukti ini dimana salah seorang peminat telah copy n paste sedikit coretan daripada Blog Aril Af7 iaitu:
 
Alamak! Terkejut!
Khamis, 19 Mac 2009
Kitorang bangun pagi macam biasa. Dalam class kitorang senaman dulu dengan cikgu Aris, pastu kelas cikgu Siti Hajar. Kengkonon ada persembahan la.. time kitorang break lunch uh.. Adam AF2 datang buat kejutan.. walaupun aku tak terkejut. Buat la terkejut.. ALAMAKKKKK! Hahahaha
Adam bagi tips-tips, macamana nak nyanyi lagu Robot and lagu Benar-Benar tu. Ok lah. Tapi rasanya macam tak membantu sangat pun dari segi tarian dan nyanyian Adam tu..
Cuz Im not the person yang menyanyi dan menari, gerak-gerak biasa bole la wok pastu Adam blah je Nubhan plak dating sebab orang nyanyi lagu Nubhan tu dia bagi tips2 la camne
Orite dalam kelas Mis Ida Gorgeous plak kitorang belajar express feeling and ada beberapa permainan yang menyeronokkan kitorang main, then lepas class Miss Ida class Cikgu Aris.. pastu balik..

 
Huhu.Selain sikap yg dipamerkan semasa dapat lagu Adam & kenyataan dari blog beliau,dia juga memperlihatkan-ketidakgemaran(Ayat Baru.Hehehe) semasa Juri memberi komen & aril berkata -“Toh lar pasal”-jelas sejelas jelasnya tidak hormat pada pelajar senior.
 
Kita juga boleh lihAt sikap Aril yang jelas buat segelintir peminat2 AF geram-apabila menyelesaikan kes Rini & Qhaud-dimana beliau berlagak seolah2 ketua-dan lantang memperkatakan pendapat secara kasar-huhu.
 
Bagi saya-ARil Jelas memperlihatkan-he was so unproffesional.Secara peribadi-dia harus memperlihatkan sikap hormat pada pelajar senior.Saya memperkatakan ini bukan kerana saya minat dengan adam,Tetapi sebagai pengundi pelajar2 akademi fantasia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fast & Furious

Wawancara dengan INDRAYANTO KURNIAWAN Sutradara Filem Saus Kacang