in

Sempena 2017 Laman Web Suria FM Kini Berwajah Baru

Sebagai hadiah hujung tahun 2016 buat pendengar dan peminat setia, Suria FM telah memperkenalkan rekabentuk mukabaru untuk laman web rasmi mereka iaitu www.suriafm.com.my. Dilengkapi ciri-ciri terkini termasuk video, artikel dan berita-berita sensasi lagi terkini untuk capaian khalayak yang lebih ramai, laman web Suria FM ini juga berfungsi sebagai saluran informasi kepada pengguna dengan lebih efektif.

Objektif utamanya adalah memberi tumpuan kepada kandungan-kandungan di dalam laman web itu sendiri sekaligus mampu menyalurkan kandungan yang lebih menarik dan sesuai dengan citarasa pendengar dan peminat setia Suria FM.

2

Reka bentuk baru ini amat menarik, diliputi dengan menu mudah diselaraskan, navigasi yang jelas dan susun atur yang penuh informasi untuk semua platform. Selain reka bentuk yang lebih interaktif, susun atur halaman dan fungsi-fungsi baru juga turut dilaksanakan dalam pembaharuan ini. Antara fungsi atau segmen yang terdapat dalam laman web Suria FM ini adalah Sensasi, Gaya Hidup, Suria TV, Carta dan Peraduan & Acara.

Segmen Sensasi adalah segmen yang merangkumi berita-berita Hiburan, Terkini, Popular dan Trending. Pengguna boleh mendapatkan pelbagai topik bacaan, mengetahui cerita-cerita sensasi yang sudah tentunya terkini dan menarik.

Gaya Hidup pula meliputi kepelbagaian aspek makanan, fesyen & kecantikkan serta hubungan. Pendengar boleh mengikuti segmen Gaya Hidup untuk mengetahui lebih tentang tips-tips pemakanan ataupun masakan malah trend gaya hidup terkini.

Suria TV merupakan segmen baru yang terdapat di dalam laman web Suria FM ini dimana ia akan memaparkan video-video original terbaru terbitan Suria FM. Siri rockumentry berbentuk v-log berjodol Bunkface X Suria adalah antara siri orginal pertama yang disiarkan menerusi laman web baru bermula sejak 23 November 2016.

Rakaman konsert Bunkface X juga yang bakal diarahkan oleh pengarah muda berbakat besar Ahmad Shaifullizam Arshad atau lebih dikenali sebagai G-BAM dari Suria TV dan ditambah dengan kehadiran Jennifer L. Thompson selaku produser, konsert ini bakal mengegarkan Stadium Chin Woo di Kuala Lumpur dan Suria TV pada 24 Disember 2016.

Suria FM (new)

Carta Suria 30 pula membariskan lagu-lagu hits terbaru dan terkini manakala Carta 3D merupakan Carta 3 Dekad yang merangkumi lagu-lagu hits daripada zaman 80-an sehingga tahun 2000. Orang ramai boleh mengundi lagu pilihan mereka untuk dijadikan juara carta pada setiap minggu. Segmen peraduan dan acara merupakan notis maklumat terkini mengenai acara-acara anjuran Suria FM dan acara-acara pendidikan, sukan dan konsert lain yang dianjurkan pada masa akan datang. Malah, pelbagai peraduan turut dimuatnaik di dalam segmen ini dan pendengar setia Suria FM berpeluang memenangi pelbagai jenis hadiah dan wang tunai.

Layari laman web Suria FM di www.suriafm.com.my dan alami sendiri keistimewaan laman web ini, berhibur dengan kandungan terkini sambil dengarkan Suria FM secara langsung di atas talian.

Ikuti Suria FM di frekuensi berikut:- 105.3 FM Lembah Klang | 106.9 FM Perlis, Kedah, Pulau Pinang | 91.7 FM Taiping | 96.0 FM Ipoh | 102.4 FM Kuala Terengganu | 106.1 FM Kota Bahru | 96.1 FM Kuantan | 88.5 FM Melaka, Johor Utara | 107.0 FM Seremban | 101.4 FM Johor Bahru | 105.9 FM Kota Kinabalu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Konsert 3 JUARA Battle Ke-5

Corat Coret Anugerah Melodi 2016