in ,

Segala Tentang Anugerah Melodi 2016 Yang Anda Patut Tahu

Buat julung kalinya, program hiburan sensasi TV3, Melodi menganjurkan anugerah paling sensasi, Anugerah Melodi 2016 untuk meraikan 10 ikon hiburan yang bakal bersiaran secara langsung pada 10 Disember 2016 (Sabtu) dari Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam.

Berbeza dengan acara anugerah yang sedia ada, Anugerah Melodi 2016 bertujuan meraikan personaliti yang mewarnai industri seni. Secara keseluruhan, Anugerah Melodi 2016 mempertandingkan 10 kategori iaitu Personaliti Filem Melodi, Personaliti Muzik Melodi, Personaliti Drama Melodi, Personaliti Pengacaraan Melodi, Personaliti Komedi Melodi, Personaliti Pasangan Sensasi Melodi, Personaliti Media Sosial Melodi, Personaliti Fesyen Melodi, Personaliti Sukan Melodi dan Personaliti Sensasi Melodi 2016.

Group Foto

Anugerah Melodi 2016

[dropcap]S[/dropcap]etiap kategori telah senarai pendek 5 calon berdasarkan pengaruh dan pencapaian mereka di bidang masing-masing. Barisan pemenang bakal ditentukan melalui undian sepenuhnya oleh penonton di www.anugerahmelodi.com.my bermula pada 31 Oktober 2016 hingga 30 November 2016.

[pullquote align=”right”]Anugerah Melodi 2016 akan berlangsung pada 10 Disember 2016 (Sabtu) di PWTC, Kuala Lumpur jam 9.00 malam hingga 10.30 malam dianjurkan oleh TV3. [/pullquote]

Anugerah utama (Ultimate Award) iaitu Personaliti Sensasi Melodi 2016 bakal meraikan personaliti sensasi yang berperwatakan menarik, memiliki aura, karisma dan daya tarikan yang luar biasa serta mampu memberi inspirasi kepada peminat dan masyarakat umum.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama & Rancangan TV3 & TV9:

“Sebagai sebuah program hiburan yang memberikan informasi terkini, sensasi, paling hangat dan tidak lekang dengan kupasan eksklusif, Melodi masih gah dan relevan sejak diperkenalkan pada tahun 1992. Penjenamaan Melodi dan pengisian kandungan sering diperbaharui untuk menepati kehendak cita rasa jutaan penonton. Selama 24 tahun ini, para penggiat seni dan peminat tidak putus memberikan sokongan dan maklum balas terhadap program ini. Jadi, Anugerah Melodi 2016 diadakan bagi memberi peluang kepada penonton kami terutama mereka yang membesar dengan Melodi untuk turut serta dan mengangkat personaliti hiburan paling sensasi sebagai pemenang.”

“Selain itu, kami juga memperluaskan pencalonan ke bidang sukan untuk mengangkat semangat skuad Olimpik dan Paralimpik negara yang telah melakar kemenangan dan mengharumkan nama negara di arena antarabangsa. Kami yakin bahawa Anugerah Melodi 2016 dapat menyebarkan semangat positif para penggiat seni dan menjadi inspirasi kepada penonton.”

Bagi menyemarakkan lagi Anugerah Melodi 2016 yang bakal berlangsung pada 10 Disember 2016, Melodi turut memaparkan segmen istimewa tentang persiapan calon-calon dan kisah menarik di sebalik tabir pada setiap hari Ahad, pukul 12.30 tengah hari.

Mira Filzah

Anugerah Paling Sensasi Tahun 2016!

[dropcap]A[/dropcap]nugerah Melodi 2016 turut disokong oleh TV9, portal video tonton, stesen radio Hot FM & Kool FM dan Studio 8. Sidang produksi Anugerah Melodi 2016 diterajui oleh Jamil Hassan selaku penerbit eksekutif dan Michelle Wee selaku penerbit.

Undilah calon pemenang anda di www.anugerahmelodi.com.my bermula 31 Oktober 2016 hingga 30 November 2016. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram, Twitter & Youtube TV3Malaysia.




Senarai kategori dan pencalonan Anugerah Melodi 2016:

PERSONALITI FILEM MELODI
Memiliki aura tersendiri yang menarik perhatian penonton! Pelakon terkenal dan berbakat besar yang laris di layar perak kerana kredibilitinya membawa watak dan tahap lakonan yang berkesan!

1) Shaheizy Sam
2) Zizan Razak
3) Shamsul Yusof
4) Nabila Huda
5) Bront Palare

PERSONALITI MUZIK MELODI
Penyanyi tersohor yang berjaya mencipta nama di arena muzik! Selain berpersonaliti unggul dan sering menjadi tumpuan ramai kerana mutu suara dan bakatnya yang berkualiti dan memukau, penyanyi ini pernah memenangi anugerah kerana berpengaruh besar dalam penampilannya.

1) Yuna
2) Faizal Tahir
3) Akim Ahmad
4) Ayda Jebat
5) Shila Amzah

PERSONALITI DRAMA MELODI
Wajah yang sentiasa menjadi pilihan untuk menghiasi drama – drama di kaca televisyen. Selain memiliki pakej lengkap dan kualiti lakonan yang hebat, personalitinya berjaya mencairkan hati penonton yang sentiasa tertunggu – tunggu setiap episod drama lakonannya!

1) Saharul Ridzwan
2) Mira Filzah
3) Janna Nick
4) Fattah Amin
5) Amyra Rosli

PERSONALITI PENGACARAAN MELODI
Kredibiliti pengacaraan yang ternyata hebat! Keperibadian yang menarik dan personaliti yang versatil menjadikan dirinya pujaan malah menjadi inspirasi orang ramai dalam dunia pengacaraan! Personaliti yang fasih berbicara sentiasa merancakkan program yang dikendalikan dengan karismanya yang mencuit hati penonton!

1) Awal Ashaari
2) Fauziah Dato Ahmad Daud
3) Alif Satar
4) Neelofa
5) Datuk Rosyam Nor

PERSONALITI SUKAN MELODI
Ikon berwibawa yang bergelar selebriti pastinya menjadi kebanggaan Malaysia kerana kejayaannya mengharumkan nama negara! Wirawan atau wirawati yang telah mencipta sejarah dan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti mutu sukan!

1) Datuk Lee Chong Wei
2) Pandelela Rinong
3) Abdul Latif Romly
4) Ridzuan Puzi
5) Muhammad Ziyad Zolkifli

PERSONALITI KOMEDI MELODI
Personalitinya sebagai penghibur tidak pernah menghampakan penonton! Keletah mereka yang melucukan dalam bidang lakonan mahupun apa jua program berbentuk hiburan pastinya mencuit hati orang ramai. Ada sahaja cara atau pesona tersendiri yang dipersembahkan ketika berjenaka untuk menceriakan hati orang ramai!

1) Abam
2) Achey
3) Mark Adam
4) Ebby Yus
5) Jep

PERSONALITI PASANGAN SENSASI MELODI
Pasangan merpati dua sejoli yang pastinya sensasi! Pasangan yang sentiasa menjadi tumpuan dan bahan bualan orang ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka! Gaya dan momen romantis pasangan ini membuatkan para pengikut tegar seronok menyaksikan kebahagian mereka!

1) Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
2) Awal Ashaari & Scha Alyahya
2) Zain Saidin & Rozita Che Wan
3) Yusry & Lisa Surihani
4) Akim & Stacy

PERSONALITI MEDIA SOSIAL MELODI
Namanya begitu popular sehingga meraih jutaan pengikut di laman sosial! Personaliti ini juga mesra dan sentiasa berinteraksi bersama peminat di laman sosial! Bukan sahaja menjadi tumpuan di lensa kamera, malah dia berjaya mencuri perhatian pengikut- pengikutnya dengan berkongsikan gambar- gambar yang menarik!

1) Nelydia Senrose
2) Nora Danish
3) Emma Maembong
4) Ayda Jebat
5) Zizan Razak

PERSONALITI FESYEN MELODI
Pasti ada yang tertawan melihat stail unik personaliti ini! Orang ramai tak pernah jemu menyaksikan dia bergaya di lensa kamera mahupun melihat fesyennya di ruang maya. Tidak pernah gagal bergaya! Stailnya yang tersendiri sememangnya menjadi ikutan!

1) Wak Doyok
2) Nazim Othman
3) Rozita Che Wan
4) Fazura
5) Zahirah Mcwilson

PERSONALITI SENSASI MELODI 2016 (*Anugerah Utama / Ultimate Award)
Personaliti yang sering mendapat perhatian utama dan sokongan positif daripada para peminat dan orang ramai. Berperwatakan menarik, memiliki aura dengan karisma dan daya Tarik yang luar biasa!

Sensasi dengan berita dan isu yang mampu memberikan inspirasi tinggi kepada peminat dan masyarakat umum.

Siapakah pemenang utama bagi kategori Personaliti Sensasi Melodi 2016? Nantikan!

1) Sharnaaz Ahmad
2) Mira Filzah
3) Janna Nick
4) Ayda Jebat
5) Zizan Razak

Ayda Jebat

Ayda Jebat &Amp; Saharul Ridzwan

Awal Ashaari

Amyra Rosli

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mistik Silat Dalam Muzik Video Umar Uzair

Jadual Siri Jelajah Anugerah Industri Muzik ke-22