in ,

Corat Coret Anugerah Bintang Popular: Part 1

Kira-kira 6 jam sebelum berlangsungnya ABP, saya sempat bersua dengan Mr. Manager aka Vernon buat kali pertama di lobi Hotel First World.

Pada mulanya saya melihat kelibat Ning Baizura & the gang kelihatan agak tergesa-gesa menuju ke Arena of Stars. Saya pun mencari Vernon. Sekadar bertegur sapa. Vernon ada di barisan belakang. Di sisinya si genit manis, Nikki.

Ternyata, Vernon memang cukup mesra walaupun inilah kali pertama Budiey bertemu mata dengan seorang manager yang suka menulis blog pada masa lapangnya. Vernon sebenarnya seorang yang sempoi. Nampak je cam serius, kan?

Budiey: Hai Vernon! Its me lah… Budiey.

Vernon: Hei! Hi… Budiey. Tadi I dah link your blog kat my blog.

Budiey: Oh ye ke. Thanks Vernon! Hopefully Ning menang malam ni ya! (Cam yakin je saya cakap statement nih)

Vernon: (Riak muka yang monyok lagi sedih) Bukan Ning lah… Nikki !

(Seraya jarinya menunjuk ke arah Nikki yang tersenyum dari tadi.)

Budiey: Eh! Ops… Sorry. Lupa pulak Ning tak tersenarai.

(Masa tu, Budiey rasa malu sebab tak tahu yang Ning bukan finalis. Tulis ulasan ramalan tempohari berapi-api, takkan tak tahu. Rasa bersalah pulak tersasul cakap.)

Vernon: Tau tak pe! Oklah, kitorang nak pergi make up dah nih… Kasi vogue & meletops sikit.

Budiey: Okay Vernon. Good luck to you all ya!

Vernon pun melangkah meninggalkan saya yang tersipu-sipu.

Anyway, Vernon ada tulis di blognya:

I also bumped into a celebrity blogger who called out my name as I was walking past him in the lobby. This was the first time I met Budiey and he looked chinese to me!

Ye, mungkin ramai yang tak tahu, Budiey adalah peranakan Melayu campur Siam (Baka dari Thai)

Okaylah kembali kepada topik kita… bicara pasal Anugerah Bintang Popular 2006 yang telah berlangsung semalam. Keseluruhannya, saya boleh katakan… memang gempak dan meriah. Namun, pada Budiey persembahan pembukaan tidaklah segempak yang saya gambarkan. Nantilah saya ceritakan dalam ulasan saya… apa yang menarik, apa yang tak berapa mengancam!

Terlebih dahulu, saya merangkap fotografer dan penulis untuk blog Sensasi Selebriti ingin mengucapkan tahniah buat Berita Harian kerana berjaya menjadikan anugerah ini lebih popular dari biasa.

Keputusan telah kita ketahui. Tidak banyak yang diubah oleh pengundi-pengundi yang terdiri daripada pembaca Berita Harian yang begitu berdedikasi. Anda semua memang rocks la beb! Difahamkan jumlah undian meningkat secara mendadak untuk penganjuran kali ke 20 ini.

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Mawi (meraih 261,555 undi) yang dulunya menjadi Raja SMS tetapi kini dinaiktaraf sebagai Raja Bintang Popular. Pastikan anda akan terus memangkah nama Mawi pada ABP di tahun-tahun akan datang bagi memastikan kejayaan Mawi terus berkekalan. Ini dalam rangka untuk Mawi melengkapkan hatrik untuk ABP. Inilah dia penangan menuju puncak. Tiap-tiap tahun dapat kereta dan barang kemas percuma!

Ok, lah ini dia senarai pemenang pada malam tadi!

Bintang Paling Popular: MAWI

Anugerah Biduan Veteran: JEFRYDIN

Anugerah Seniwati Veteran: DATIN UMI KALTHUM

Anugerah Khas Bintang Popular: DATUK JAMIL SULONG

Pelakon Filem Lelaki Popular: SAIFUL APEK

Pelakon Filem Wanita Popular: FASHA SANDHA

Penyanyi Lelaki Popular: MAWI

Penyanyi Wanita Popular: DATUK SITI NURHALIZA

Penyanyi Nasyid Popular: RABBANI

Artis Berkumpulan/Duo Popular: MAWI DAN JAMAL ABDILLAH

Pelakon TV Lelaki Popular: ROSYAM NOR

Pelakon TV Wanita Popular: FASHA SANDHA

Artis Komedi Lelaki Popular: SAIFUL APEK

Artis Komedi Wanita Popular: SHEILA RUSLY

Artis Baru Lelaki Popular: FAIZAL AF4

Artis Baru Wanita Popular: FARAHWAHIDA

Pengacara TV Lelaki Popular: AZNIL NAWAWI

Pengacara TV Wanita Popular: FARAH FAUZANA

Penyampai Radio Lelaki Popular: HALIM OTHMAN

Penyampai Radio Wanita Popular: LINDA ONN

Tahniah kepada semua pemenang!

Nantikan foto-foto menarik di karpet merah dan ulasan ringkas dari Budiey.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza 1 | 16

Sekitar Konsert Sambutan Eksklusif Bersama Siti Nurhaliza

Ziana Zain 2020 | 17

Sekitar Karpet Merah di Anugerah Bintang Popular 2006