in , ,

Cium Dahi Wanita Ketika Live, Rupanya Ariff Bahran Dah Nikah 3 Bulan Lalu

Dalam Anugerah Drama Sangat 2020 (ADS2021) sebentar tadi, tindakan penyanyi Ariff Bahran mencium dahi penari wanita ketika membuat persembahan duet bersama Sarah Suhairi mengejutkan ramai.

Namun segalanya terjawab apabila wanita yang dicium oleh penyanyi itu merupakan isteri Ariff Bahran yang sudah dinikahinya sejak tiga bulan lalu.

Perkara itu diumumkan oleh pengacara Nabila Huda dan Ain Edruce. Kata Nabila, Ariff tidak menguar-uarkan berita itu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Gadis yang dicium oleh Ariff tadi sebenarnya, adalah isterinya. Dia dah berkahwin sejak tiga bulan lalu, namun, tak diuar-uarkan kerana situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Nabila.

Setakat ini, Ariff belum lagi mendedahkan identiti sebenar isterinya. Difahamkan, sebelum ini Ariff mengakui sedang mengenali gadis dikenali sebagai Myra Ridzuan yang bekerja dalam produksi penerbitan beberapa tahun lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malam Fesyen Pereka Terkenal di Met Gala Malaysia Cukup Fabulous!

Keunikan Koleksi Rekaan Bertemakan ‘Bamboo’ Nini Marini Menyerlah di KL WKND