in ,

Ariff Bahran Tersingkir, Peminat Tegar Menangis

Semalam, di konsert Separuh Akhir BIG STAGE kita dapat menyaksikan penyingkiran Ariff Bahran. Impian bintang ini untuk melangkah ke pentas akhir Big Stage berkecai dan ramai sekali peminat yang meluahkan rasa sedih di sosial media.

Menerusi konsert yang bertemakan ‘Road To Final’, penyanyi berusia 20 tahun itu terlebih dahulu membawakan lagu solo Gerhana dan duet bersama Aepul Drama Band menerusi lagu Mama Papa Larang, serta berada di kedudukan tiga terendah.

Sementara itu, Baby Shima memenangi Vivo Next Superstar dan sekali gus membawa pulang telefon bimbit Vivo bernilai RM1, 699 dan layak ke peringkat akhir.

Selain Baby Shima, peserta lain yang masih meneruskan perjuangan dalam Big Stage minggu depan ialah Syafiq Farhain, Wani Kayrie, Afieq Shazwan dan Sarah Suhairi.

Kesemua peserta diadili juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, selain juri jemputan iaitu penyanyi dari Indonesia iaituTulus.

Konsert Big Stage yang dicarakan oleh Alif Satar dan Sherry AlHadad ini dipancarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan disiarkan di saluran Astro Ria dan Ria HD (123).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BMW Malaysia Perkenal ‘BMW i8 Roadster’ Yang Pertama 

Pengisian CHIKI BOOM Musim Baharu Lebih Menceriakan