in , ,

Malam Fesyen Pereka Terkenal di Met Gala Malaysia Cukup Fabulous!

Sheng Tai International memacu industri fesyen negara ke tahap lebih tinggi

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan menjadikan Melaka sebagai pusat kecemerlangan fesyen, pemaju hartanah dan pakar pelancongan hartanah yang memenangi anugerah, Sheng Tai International Sdn. Bhd. (Sheng Tai International), bersama dengan Bill Keith, seorang daripada pereka fesyen terkemuka Malaysia menganjurkan Met Gala Malaysia (MGM) 2021 yang pertama kali seumpamanya diadakan. 

Malam Fesyen Pereka Terkenal Di Met Gala Malaysia Cukup Fabulous!

Malam fesyen terbesar di wilayah Selatan ini diadakan di The Moonbar, Ames Hotel, Melaka, dengan latar belakang bandar Melaka yang ikonik. 

Acara itu menampilkan karya agung yang inovatif, berani dan glamor daripada Bill Keith dan 25pereka fesyen muda dan bakal menyerlah tempatan. Para tetamu turut disajikan dengan persembahan memukau oleh Poova.

Malam Fesyen Pereka Terkenal Di Met Gala Malaysia Cukup Fabulous!

Dato’ Leong Sir Ley, Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International, berkata, “Met Gala Malaysia pertama anjuran Sheng Tai International berlangsung dengan jayanya. Maklum balas yang kami terima sehingga kini adalah cukup memberangsangkan. Terima kasih kepada sokongan Bill Keith dan industri fesyen tempatan.

Menurut Dato’ Leong, Met Gala Malaysia bertujuan menyediakan platform untuk pereka fesyen muda memperagakan bakat mereka. “Menerusi perkongsian kami dengan  FashionTV dari Paris, kami percaya akan ada lebih banyak peluang untuk bakat tempatan kita, sama ada model, pempengaruh atau pereka fesyen, untuk bersinar di arena antarabangsa.’’

“25 pereka fesyen tempatan hari ini juga akan mempamerkan rekaan karya agung malam ini di Straits Designer Gallery, Metrasquare yang dijadual dibuka pada suku pertama 2022. Galeri kedua akan dibuka di The Sail Melaka apabila siap sepenuhnya kelak. Galeri ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk mengangkat Melaka menjadi ibu kota fesyen seperti Milan.” 

“Melangkah ke hadapan, Sheng Tai International akan terus mewujudkan peluang-peluang seperti ini bagi mengenengahkan bakat-bakat tempatan kita, dan seterusnya melonjakkan ekonomi negara,’’ tambah Dato’ Leong. 

Metrasquare merupakan pembangunan komersial seluas 2.42 hektar (6 ekar) merangkumi komponen kediaman dinamakan Metrasquare Serviced Suites, sebuah hotel premium 3 bintang dinamakan Hotel Metrasquare, sebuah hotel 5 bintang – Ames Hotel dengan kedai-kedai runcit, fasiliti mesyuarat dan persidangan, kemudahan F&B, serta galeri sejarah Melaka dan ruang sosial seni.

Terletak hanya 5 minit pemanduan dari tol Keroh toll melalui Lebuh raya Utara-Selatan, Metraquare juga berdekatan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pejabat-pejabat kerajaan; Taman Burung Melaka; Taman Tema Wonderland;  Planetarium Melaka dan Muzium Lebah Dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Straits Designer Gallery, sila hubungi Sheng Tai International di talian +6011 3737 3399 atau lawat laman Facebook kami @ShengTaiInternational. 

Malam Fesyen Pereka Terkenal Di Met Gala Malaysia Cukup Fabulous!

Mengenai Sheng Tai International Sdn Bhd

Sheng Tai International Sdn. Bhd., sebelum ini dikenali sebagai Sheng Tai Realty Sdn. Bhd., merupakan syarikat pembangunan hartanah yang pelbagai, harta tanah, pengurusan pelaburan dan hospitaliti dengan kepakaran pengkhususan dalam pelancongan hartanah, syarikat itu diasaskan Dato’ Leong Sir Ley (“Dato SL Leong”), salah seorang ahli perniagaan wanita di Malaysia yang telah menubuhkan rangkaian platform pelaburan hartanah antarabangsa. 

Syarikat menawarkan pelbagai kategori produk pelaburan yang bermutu dengan perkhidmatan profesional dan mesra. Kami mengalu-alukan kerjasama yang produktif dan usaha sama korporat dengan fokus utama untuk menyediakan tetamu asing dan tempatan dengan penyelesaian komprehensif dan pengalaman khusus.    

Ditubuhkan pada 2012 ketika ketidaktentuan ekonomi global, kejayaan berterusan kami adalah berkat kemampuan kami melawan arus dan melihat peluang dalam setiap cabaran. Komitmen kami terhadap pertumbuhan, kecemerlangan dan kualiti adalah pendekatan kami yang menjayakan syarikat sejak kemunculan kami.   

Di Malaysia, Sheng Tai International Sdn. Bhd. dikenali dalam industri menerusi subsidiari seperti Plentifield Marketing Sdn. Bhd., dan Sheng Tai Impression Sdn. Bhd. Di peringkat antarabangsa pula, kehadiran kami pada masa ini adalah melalui cabang luar negara dikenali Sheng Tai International (HK) Limited, yang beroperasi sejak 2012 dan berperanan sebagai pintu masuk penting ke pasaran Hong Kong dan China. Syarikat juga baru-baru ini membuka cawangan utama di Shanghai, China pada September 2019, Tokyo pada Mei 2020 dan Beijing pada October 2020.

Hari ini, Sheng Tai International merupakan pemaju yang memenangi anugerah dan berupaya merentasi pelbagai negara di Asia dengan menawarkan pelbagai produk hartanah bersama perkhidmatan yang menyeluruhdan jenama yang memenuhi kehendak pasaran mewah.

Sheng Tai International kini mempunyai lebih daripada 500 kakitangan yang sangat berupayadan bersemangat bagi memastikan kualiti perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan kami. Kumpulan kami dipacu oleh nilai korporat yang utuh dengan menekankan integriti, profesionalisme dan amanah. Meneruskan etos perluasan bersungguh-sungguh dan inovasi yang cermat, Sheng Tai International meletakkan sasaran untuk menjadi penanda aras sebagai kurator gaya hidup kontemporari dan peneraju berpengaruh yang inventif di dalam model perniagaan hartanah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sheng Tai International, sila layari  – http://shengtaiinternational.com. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adib Zahar | 17

Penantian 9 Tahun Berbaloi, Akhirnya, Adib Zahar Muncul dengan Single AKUR

Arif Bahran | 18

Cium Dahi Wanita Ketika Live, Rupanya Ariff Bahran Dah Nikah 3 Bulan Lalu