in , ,

Keunikan Koleksi Rekaan Bertemakan ‘Bamboo’ Nini Marini Menyerlah di KL WKND

Semasa minggu KL WKND anjuran Cendana yang berlangsung baru-baru ini, Budiey berkesempatan bertemu dengan Nini Marini dan menemubual beliau di program podcast Borak Sini Habis Sini.

Kali pertama bertemu mata dengan isteri kepada rapper terkenal, Joe Flizzow ini membuatkan Budiey terpesona dengan kecantikan wajah elegan yang cukup eksotik.

Menjadikan rambut kerinting sebagai trademark imejnya, Marini Ramlan atau lebih dikenali dengan panggilan Nini Marini adalah merupakan seorang artis (pelukis) dan juga pereka fesyen.

Dalam pertunjukan fesyen Bamboo yang diadakan di Hotel RuMa Kuala Lumpur, Nini Marini telah menampilkan rangkaian koleksi busana yang bercorak atau bertemakan buluh. 

Dalam temubual ini, Budiey sempat bertanyakan juga tentang kisah peribadi Nini Marini yang mungkin ada yang tak tahu beliau merupakan seorang isteri kepada penyanyi rap terkenal. Kisah percintaan mereka tidak didendangkan di sosial media, Nini Marini dan Joe Flizzow berkahwin semasa dalam awal negara kita dilanda pandemik Covid-19. 

Mengimbas semula perjalanan hidupnya, NIni Marini adalah orang kuat di sebuah stesen televisyen di bawah Media Prima Berhad. Selain itu, beliau juga bergiat aktif sebagai artis dan kerap menghadiri acara-acara fesyen sekitar kota. 

Dengan kreativiti yang mengalir melalui darahnya telah membawa Marini dari seorang pelukis, produser dan kini telah pun memegang jawatan yang tinggi di sebuah syarikat besar.

Nini Marini juga banyak melakukan kolaborasi seni dengan pelbagai pihak antaranya Fendi, Piaget, Nike, Nikkon serta Palate Pillete. Salah satu projek terawal Marini adalah Design in Details yang mana dia merakam beg Palazzo dan mengekspresinya mengikut perspektif seni.

Terima kasih buat Nini Marini sudi ditemubual dan juga Hotel The ChowKitt yang sudi menjadi lokasi pengambaran temubual ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cium Dahi Wanita Ketika Live, Rupanya Ariff Bahran Dah Nikah 3 Bulan Lalu

JOVIAN MANDAGIE

Rakyat Marah Menantu PM Diselamatkan Helikopter Dari Banjir