in , ,

Chat Shawal & Heliza: Antara Teruja & Teruji

Masa tengah menunggu untuk menonton drama Susuk dan Emil Emilda di TV3, saya dihubungi oleh Ajami. Ceritanya, malam ini Shawal AF5 akan masuk dalam kamar chatting di Shawalfc.net untuk berchatting bersama peminat. Ajami mengajak saya kalau ada masa bolehlah ke tempat di mana Shawal akan berchatting di Restoran Kampung Pandan. Wah, jauhnya tu bro! Manalah saya boleh pergi kan… hahaha Walaupun begitu, saya cuba untuk masuk ke laman Shawalfc.net untuk parking nama saya di ruang chatting. Senang sahaja. Tidak sampai seminit saya sudah pun berada di kalangan chatters yang lain. Kepada pembaca yang ingin join, anda harus mendaftar dahulu nama kalian. Jadi, bila dah daftar tu, takdelah nanti timbul isu-isu negatif yang kita tidak inginkan kerana IP anda dapat diketahui oleh moderator. Seronoklah jugak baca apa yang peminat Shawal ni borak. Macam kita tengok [email protected] lak rasanya. Macam-macam kerenah ada. Teringat suatu ketika dulu, Dafi AF5 pernah diancam oleh peminatnya yang mahu membunuh diri jika tidak melayannya berchatting. Macam-macam kerenah peminat terpaksa dilayan. Yang saya dapat rasakan, platform sebegini dapat memberikan peluang untuk peminat mengenali dan bertambah akrab dengan bintang pujaan mereka. Namun, kalau kerap sangat pun saya rasa tak elok pulak. Nanti peminat boleh bosan dan naik muak. Sekali sekala tu, boleh lah kan?

Tidak cukup dengan Shawalfc, saya dijemput oleh budak montel sorang ni untuk ke chatroom Heliza pula. Pada pembaca yang ingin borak-borak dengan peminat Heliza yang lain, bolehlah ke http://helizachat.cjb.net/ atau http://www.chat.heliza.com/ Tapi pada malam tadi, takdelah Heliza dalam chatting room tu. Saje je la diorang ni ajak lepak dan berkenalan dengan geng Heliza yang lain. Beriya-iyala ajak ni kan, saya pun masuklah. Tapi masalah la pulak, bila punyalah lama saya ketuk pintu chat room tu, tak leh masuk sampai sudah. Diorang tak nak buka pintu kot… kekekeke… Terkilanlah jugak. Apasal lama sangat, Pa’an? Ko kena kasi cepat sikit window dia macam Shawalfc.net buat. Hehehe, jangan marah lah. Aku saje je ni tegur korang…

Tapi, kata dia… saya juga boleh masuk chat room melalui software chat MiRC. Tak pe lah, lain kali lah… aku janji akan masuk punya….

[tags]Heliza, Shawal, Akademi Fantasia, [email protected], astro, kelan peminat[/tags]

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Biodata Pelakon Filem DIVA

Mila AF5, Juara Yang Sedang Laris