in

Charm School Realiti TV 8TV Untuk Lelaki Sejati

Bolehkah seekor katak ditransformasi menjadi seorang putera raja?
Segalanya mungkin di Charm School…

Setiap hari Rabu @ 11:45 malam

Perhatian kepada semua lelaki di luar sana!!! Perlukan perubahan fizikal dan emosi? Bermula pada 26 September 2007, tonton 8TV kerana 8TV membawakan anda sebuah lagi program realiti televisyen terbaru dari Hollywood – Charm School, yang pasti membantu anda mendapatkan teman wanita.

8TV dengan bangganya mempersembahkan Charm School, sebuah program realiti terbaru yang mencabar 8 orang pesertanya untuk menjadi lelaki moden yang sempurna.

Saksikan saat-saat menarik bagaimana pemuda-pemuda ini berubah menjadi lelaki sejati yang bergaya. Perhatian kepada semua pemuda di luar sana, jangan khuatir jika anda tidak arif tentang cara-cara untuk menjadi seorang lelaki sejati buat wanita kerana ini semua merupakan sebuah proses semulajadi yang pasti akan dilalui oleh semua orang. Siri realiti TV diharap dapat berkongsi tip-tip yang berkesan.

Melalui objektif utama untuk merubah anak-anak muda ini menjadi lelaki yang digilai wanita, jejaka-jejaka ini telah ditempatkan di dalam sebuah rumah agam untuk dibentuk dan dididik dari segi fizikal dan juga mental.

Pada setiap minggu, jejaka-jejaka ini akan diajar oleh pengetua yang dikenali ramai, Susannah Marks dan ramai lagi pakar-pakar tempatan dalam kepakaran masing-masing. Mereka akan diajar tentang perkara-perkara yang sukar, seperti memasak, penampilan diri, ketangkasan, ilmu pengetahuan dan juga kreativiti untuk memperbaiki hidup, contohnya cara-cara untuk kelihatan menarik, seni menggoda wanita dan sebagainya.

Kemajuan mereka dilihat dan dinilai pada setiap minggu oleh pengetuanya menggunakan dengan “Charmometer”. Prestasi mereka akan diukur dan dilabel dari “Katak” kepada “Putera Raja”. Pemuda yang kurang bernasib baik dan tidak menunjukkan kemajuan sehingga diberi gred “Katak” akan disingkirkan pada setiap minggu.

Namun begitu, pemuda yang digred sebagai “Putera Raja” di dalam episod terakhir, bukan sahaja berpeluang untuk menggunakan kemahiran-kemahiran yang diajar untuk menggoda wanita idaman serta kerjaya yang dimpi-impikan tetapi juga akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $50,000!

Jadi jangan ketinggalan untuk menonton bakal-bakal “Putera Raja” ini di 8TV pada setiap hari Rabu, jam 11:45 malam dan saksikan bagaimana “Katak” berubah menjadi seorang “Putera Raja”.

[tags]Charm School, Realiti TV, 8TV stesen, Lelaki Sejati, maskulin, tips kacak, prince, putera raja, gossip kerabat, hollywood program, frog, The Forg Prince Gifts, The Hollywood Reporter, Hollywood Records, Free Hugs In Hollywood, Hollywood Wax Museum[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Watak dan Pelakon Filem Anak Halal

Lirik Lagu Ketentuan – Ramlah Ram