in , ,

Celcom Terokai Penggunaan Teknologi 5G Aspirasi Bandar Pintar Petaling Jaya

Membentuk sebuah bandar yang pintar dan selamat dengan teknologi 5G

Perjalanan 5G Celcom Axiata Berhad diteruskan lagi dengan meneroka penyelesaian 5G yang dijalankan melalui kerjasama dengan Majlis Bandaraya (MBPJ). Sebagai menyokong aspirasi Petaling Jaya untuk menjadi sebuah bandar pintar, Celcom telah mempamerkan sebuah kes kegunaan iaitu penyelesaian Bandar Pintar dan Keselamatan Awam 5G.  

Percubaan penyelesaian Bandar Pintar dan Keselamatan Awam 5G Celcom menampilkan platform Kecerdasan Buatan (AI) yang dikuasakan dengan keupayaan analitik, menyambungkan kamera UHD termasuk yang kamera MBPJ yang sedia ada di kawasan aliran trafik tinggi dan orang ramai.

Celcom Drives Blood Donation Campaign

Video tersebut distrim secara langsung ke ‘Smart Centre’ MBPJ melalui rangkaian 5G Celcom yang menggunakan spektrum mmWave, untuk membolehkan MBPJ mempertingkat pengurusan trafik melalui pemantauan masa sebenar, dan melaksanakan langkah proaktif dalam mengesan dan mencegah jenayah.

Kes kegunaan pengurusan trafik yang dipamerkan oleh Celcom membolehkan pihak berkuasa tempatan menguruskan kesalahan trafik dengan cekap dan mempertingkatkan keberkesanan warden trafik dalam menangani pesalah trafik melalui fungsi berikut :  

  • Pengesan Kesalahan Trafik – Sebarang kesalahan trafik boleh dikesan secara automatik dengan parameter yang ditetapkan.  
  • Analisa Kenderaan – Pengenalan nombor pendaftaran dan pengenalan jenis kenderaan. 

Celcom turut mempamerkan penyelesaian Pemantauan Mudah Alih sebagai sebahagian daripada kes kegunaan 5G, di mana sebuah kenderaan pemantau disambungkan dengan 5G untuk mengstrim video secara langsung ke ‘Smart Centre’ tersebut.

Celcom Drives Blood Donation Campaign

Penyelesaian ini menguji potensi untuk menyediakan kaedah pantas dalam memantau kawasan terbuka dan juga di mana-mana acara orang awam, yang secara visual mampu untuk menjadi pencegah kepada pesalah yang berpotensi apabila diletakkan di kawasan yang disasarkan. 

Pada 10 Mac 2020, penyelesaian Bandar Pintar dan Keselamatan Awam 5G Celcom telah dipamerkan sempena pelancaran ‘Smart Centre’ MBPJ, serta disaksikan dan dialami sendiri oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, dan Dato’ Mohd Sayuthi Bakar, Datuk Bandar Petaling Jaya. 

Celcom Drives Blood Donation Campaign

Berikutan Projek Demonstrasi 5G Celcom di Langkawi, pelancaran Ujian Lapangan Berkelompok 5G Secara Langsung di Petaling Jaya dan juga kejayaan menjadikan Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur sebagai kampus 5G pertama, kejayaan ini terus memperlihatkan komitmen Celcom dalam merealisasikan penggunaan Internet Pelbagai Benda (IoT) melalui teknologi 5G dalam pelbagai sektor dan industri.

Celcom juga menjalinkan kerjasama erat dengan pelbagai rakan industri untuk membina ekosistem yang mampan dan berdaya tahan dengan melibatkan pengguna komersial yang berpotensi dalam memacu pengkomersialan penggunaan kes kegunaan 5G.

Celcom Drives Blood Donation Campaign

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata Celcom terus komited dalam memacu penggunaan teknologi 5G dengan penyelesaian Internet Pelbagai Benda (IoT) dan Kecerdasan Buatan (A) bagi mempertingkat operasi harian pihak berkuasa, perniagaan, dan agensi pelbagai industri. 

“Persekitaran yang kolaboratif di antara industri merupakan cara untuk kita bergerak ke hadapan dalam membangunkan ekosistem yang mampan. Oleh itu, kami amat mengalu-alukan lebih banyak kolaborasi antara industri dalam usaha inovasi operasi harian melalui 5G dan IoT.

“Berikutan kejayaan kami dalam Ujian Lapangan Berkelompok 5G Secara Langsung yang pertama di negara ini yang dijalankan di Petaling Jaya, kolaborsi kami bersama MBPJ akan membawa revolusi dalam operasi harian melibatkan pengurusan trafik dan keselamatan awam oleh pihak berkuasa tempatan.

Celcom akan terus berusaha untuk memacu pendigitalan perniagaan dalam membina ekosistem digital yang mampan, dan menyediakan situasi ‘menang bersama’ untuk faedah kepada industri, rakyat, dan seterusnya mencapai aspirasi digital negara,”

– Idham

Penyelesaian Bandar Pintar dan Keselamatan Awam 5G Celcom juga membantu MBPJ dalam usahanya membentuk sebuah bandar yang pintar, mampan, kondusif dan berdaya tahan untuk komuniti moden. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AJL Material, Aina Abdul Harap Lagu SEMALAM Diterima Juri

The Human Calculator Antara 10 Peserta Mara Ke Pentas Utama Ceria Megastar