in , ,

AJL Material, Aina Abdul Harap Lagu SEMALAM Diterima Juri

Tidak pernah serik, Aina Abdul yang mencetuskan kontroversi ketika beraksi di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, mengangkat tema penderaan mental dan keganasan domestik dalam single terbaru, Semalam.

Penyanyi Aina Abdul baru-baru ini telah melancarkan single terkininya yang berjudul Semalam. Mengangkat tema perhubungan toksik (bermasalah), Aina berharap Semalam turut mendapat momentum perhatian yang sama seperti lagu Sumpah.

Aina berkata, dia masih berpegang kepada misi mengangkat isu kemanusiaan dalam karya demi kesedaran umum. Menurut penyanyi berusia 27 tahun ini, dia menyimpan impian untuk Semalam mara ke pentas Anugerah Juara Lagu tahun hadapan.

“Ketika melancarkan lagu Sumpah, saya sudah menanam impian untuk lagu itu menjejak kaki ke pentas Anugerah Juara Lagu dan Alhamdulillah tercapai apabila Sumpah merupakan di antara 12 finalis AJL 34.

“Impian saya untuk lagu Semalam juga serupa tetapi saya rasakan sedikit tekanan kerana saya takut single ini tidak dapat dikenali seperti lagu Sumpah.

“Namun begitu, saya ketepikan perasaan terbabit kerana apa yang lebih penting, saya haruslah berusaha dengan sehabis baik mempromosikan lagu ini dan menyerlahkan bakat yang saya ada demi peminat yang selama ini tidak berhenti menyokong,”

– Aina Abdul

Aina yang pernah muncul dengan tiga single Inggeris mahu terus menghasilkan karya yang memberi kesedaran sejagat.

Aina Abdul

“Saya tak mahu cipta lagu cinta atau mesej biasa semata-mata. Saya mahu terus dikenali sebagai penyanyi dan komposer yang menyampaikan mesej sejagat.

“Muzik menjadi medium untuk saya meluahkan apa yang dirasai berdasarkan pengamatan,”

– Aina Abdul

Ditanya mengenai premis sama yang dijadikan lokasi melancarkan Semalam, Aina berkata:

“Tahun lalu, di sinilah saya melancarkan Sumpah. Kali ini, Semalam pula. Tempat ini meninggalkan kenangan bercampur baur kepada saya,”

– Aina Abdul

Aina memberitahu, dia akan menjalani penggambaran video muzik Semalam, tidak lama lagi.

“Kali ini, saya buka idea kepada peminat mengenai konsep video muzik yang mahu dipersembahkan.

“Mereka boleh kongsi idea di laman sosial saya,”

– Aina Abdul
Aina Abdul

Aina Abdul juga telah mengesahkan beliau sedang mencipta lagu untuk Misha Omar dan Ernie Zakri.

Seperti lagu Sumpah, Semalam juga merupakan hasil ciptaan sepenuhnya daripada Aina yang mahu membina ‘trademark’ sebagai ‘singer-songwriter’.

“Saya mahu terus kekal menjadi komposer dan penulis yang mengangkat mesej dalam setiap karya.

Biarpun sebelum ini percubaan saya menerusi Sumpah mendapat kecaman serta percikan kontroversi, ia tidak melemahkan semangat saya.

“Menerusi lagu Semalam, saya membawa tema perhubungan toksik. Perhubungan toksik dalam lagu Semalam mengangkat dua perkara iaitu penderaan mental dan keganasan domestik.

Pastinya ada insan di luar sana yang melalui perhubungan toksik seperti itu,”

– Aina Abdul

Single Semalam sudah berada di semua saluran muzik digital menerusi platform Spotify, Joox, Apple Music dan Deezer bermula 6 Mac lalu dan lirik videonya juga boleh ditonton di laman YouTube. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ippo Hafiz 2020 | 18

Penantian Ippo Hafiz 10 Tahun Berakhir, Siti Nurhaliza Setuju Nyanyi Lagu Ciptaannya

Celcom | 19

Celcom Terokai Penggunaan Teknologi 5G Aspirasi Bandar Pintar Petaling Jaya