in ,

The Human Calculator Antara 10 Peserta Mara Ke Pentas Utama Ceria Megastar

Bakat luar biasa ‘Megastar’ tampil dengan persaingan hebat dalam pencarian yang terunggul dari yang terbaik!

Pemenang tempat kedua Asia’s Got TalentYaashwin atau lebih dikenali dengan gelaran ‘The Human Calculator’ telah berjaya menempah namanya ke senarai ‘Megastar’ 10 Teratas bagi musim kedua ‘Ceria Megastar’! Peserta lain, Caspian (bakat lompat tali), Group 17 (bakat lakonan), Nana dan Adinda (bakat nyanyian), Ija dan Kowachee (bakat tarian), Haiqal(bakat silap mata), Amira (bakat bermain dram), dan VC (bakat tarian dan nyanyian) juga berjaya melayakkan diri ke pentas utama.

‘Konsert Penentuan 2 Ceria Megastar 2020’ penuh dengan pelbagai persembahan menakjubkan yang berjaya membuat juri tetap Zizan Razak dan Ernie Zakri terpegun!

Konsert Penentuan 2 Ceria Megastar 2020

Malah, juri jemputan, Shuib Sepahtu juga boleh hilang kata-kata ketika memberi komen! Namun, terdapat suatu momen yang cukup menyayat hati – kumpulan Kalyssa yang dianggotai Alyssa Dezek dan Kashika, lengkap dengan busana berwarna hitam dan putih, tampil dengan sebuah tribute buat pelawak tercinta, Allahyarham Abam Bocey dengan medley lagu ‘Sakit’ (oleh Achey), ‘Bila Pergi’ (oleh Fad) dan ‘Sikasih’ (oleh Abam).

Konsert Penentuan 2 Ceria Megastar 2020

Persembahan istimewa itu rata-rata menyentak di hati sanubari Achey yang hadir menyaksikan konsert ‘Ceria Megastar’ pada Sabtu lepas. Namun begitu, rezeki tidak berpihak kepada Kalyssa kerana perjalanan mereka dalam ‘Ceria Megastar’ terhenti di setakat itu sahaja.

Konsert Penentuan 2 Ceria Megastar 2020

Drama di ‘Konsert Penentuan 2 Ceria Megastar 2020’ tidak berakhir di situ – Group 17 pula menampilkan persembahan penuh dengan mesej kekeluargaan dan pengorbanan seorang abang untuk menjaga adiknya yang kelainan upaya.

Konsert Penentuan 2 Ceria Megastar 2020

Bukan sahaja Ernie Zakri yang terkesan dengan lakonan itu; audiens di studio Visual Three, Seri Kembangan juga bergenang mata dengan bakat luat biasa dua beradik itu.

Konsert Penentuan 2 Ceria Megastar 2020

Dengan pelbagai persembahan jaw-dropping yang telah disaksikan, mampukah ‘Megastar’ 10 Teratas naikkan lagi tahap persembahan mereka, lagi-lagi bila tema minggu ini adalah ‘Level Up!’?

Konsert Penentuan 2 Ceria Megastar 2020

Haa, jom saksikan ‘Konsert Ceria Megastar 2020’ yang akan bersiaran secara langsung pada Sabtu, 14 Mac 2020, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria dan Ceria HD, bersama hos, Raja Azura!

Program realiti yang mencari bakat terunggul dalam kalangan terbaik ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Konsert Penentuan 2 Ceria Megastar 2020 Konsert Penentuan 2 Ceria Megastar 2020 Konsert Penentuan 2 Ceria Megastar 2020 Konsert Penentuan 2 Ceria Megastar 2020 Konsert Penentuan 2 Ceria Megastar 2020

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom Terokai Penggunaan Teknologi 5G Aspirasi Bandar Pintar Petaling Jaya

Maxis Mempamerkan Kuasa 5G Melalui Samsung Galaxy siri S20