in ,

Cabaran Tema LAGU PITCH TINGGI Uji Kemampuan Peserta Bintang RTM

Setelah tiada penyingkiran dilakukan pada minggu lalu, 5 Mac 2016 yang bertemakan lagu-lagu rock, sepuluh peserta Bintang RTM 2016, Ini Baru Bintang bakal bertarung pula menerusi tema lagu pitch tinggi yang nyata bakal menguji kemampuan vokal masing-masing.

Kemaraan sepuluh peserta Bintang RTM yang bertanding menghangatkan pula pentas Suku Akhir 6 yang berlangsung pada 12 Mac ini, pukul 9.00 malam yang dipancarkan secara langsung menerusi saluran TV2 bertempat di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Edora Dan Idris ... Peserta Yang Masih Bertanding

Cabaran Tema Lagu Pitch Tinggi Uji Kemampuan Peserta Bintang RTM Bertanding Pada 12 Mac Ini, pukul 9.00 Malam di TV2

[dropcap]M[/dropcap]ereka adalah Idris Zulkifli (Idris), Mohd Farhan Mohd Mustafa (Farhan), Muhammad Alif Mustafa (Alif), Muhammad Hafiz Ismail (Hafiz), Muhammad Adib Ibrahim (Adib), Norfazrina Mohd Gani (Eryn), Nur Shafreeza Zaial Abidin (Eeza), Syakirah Edora Janali (Edora), Chee Ka-Yee (Jorinn) dan Rosario Ninih Chamini Bianis (Rosario).

Pastinya menerusi tema lagu pitch tinggi ini, penonton dan orang ramai dapat menilai dan menentukan siapakah antara mereka bakal mara dan menempah tempat ke peringkat seterusnya. Apatalah lagi bila menghampiri peringkat separuh akhir ini masing-masing pastinya sudah teruja dan mula memberikan saingan sengit untuk layak ke peringkat akhir dan dinobatkan juara Bintang RTM 2016 pada 2 April depan.

Bersama artis undangan minggu ini Rina Azhar dan Azian Mazwan Sapuwan, peserta program diterbitkan oleh Haliza Mat Kharsa, Unit Hiburan TV RTM ini bakal dinilai juri tetap komposer Ajai dan Edry Hashim. Pengacara pula gandingan Muaz Mohamad dan Amyra Rosli.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program Bintang RTM 2016 yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 12 Mac ini (Sabtu), pukul 9.00 malam dan masuk adalah percuma.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Pengacara ... Muaz Mohamad Dan Amyra Rosli

Peserta Bintang Rtm 2016

Rosario Dan Jorinn

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gajet Hantaran Perkahwinan Pilihan Sam Shaheizy & Syatilla

Pelajar Luar Negara Berbahasa Melayu Warnai Sitkom KELAS SEBELAH Musim Ketiga