in , ,

Noy, Zizi & Harris Tersingkir Minggu 3 Dan Lagu Suku Akhir 4 Bintang RTM 2024

“Bintang RTM bukan hanya pertandingan nyanyian tetapi pentas untuk melahirkan lagenda”.

Tiga nama sekaligus diumumkan terkandas perjalanan mereka dalam merebut tempat ke peringkat seterusnya Pertandingan Bintang RTM 2024 yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kota Media, Sabtu lalu. 

Dhania

Persembahan mereka dinilai dan diadili sepenuhnya juri profesional iaitu LY, Datuk Syafinaz Selamat, Raja Sham (Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM) dan juri undangan Hariz Fayahet merupakan bekas Juara Bintang RTM 2018. 

Zizi Safira

Berikut adalah kedudukan peserta berdasarkan markah-markah keseluruhan Suku Akhir 3 Bintang RTM 2024 daripada juri profesional. 

  1. Dhania – House of The Rising Sun (84.3%)
  2. Eylia Guntabid – Opera Hidup (79.3%)
  3. Roxy Ixzy – Kamelia (77.6%)
  4. Shah Rezza – Jangan Khianati Aku (77%)
  5. Akmar Natasha – Samar Bayangan (76.6%)
  6. Scha Nuril – Isabella (76.3%)
  7. Feka – Hanya Satu (76%)
  8. Hady Huv – Sampai Syurga (75%)
  9. Jon – Tiada Lagi Kidungmu (73%)
  10. Joy – Potret (70.6%)
  11. Azumi – Ratuku (68.3% )
  12. Harris – Bayangan Gurauan (66.3%)
  13. Zizi Safira – Kejoraku Bersatu (65.3%)
  14. Noy – What’s Up (59.6%)
Akmar Natasha

Konsert Bintang RTM 2024 bakal diteruskan dalam persaingan minggu keempat pada 3 Februari depan, pukul 9.00 malam di TV2. 

Kesemua 11 peserta program realiti nyanyian ini bakal mempersembahkan lagu pilihan masing-masing bagi merebut tempat ke peringkat seterusnya.

Azumi

Kebebasan diberikan dalam memilih lagu mengikut kelebihan dan keselesaan vokal masing-masing. Berikut disenaraikan lagu-lagu tugasan peringkat Suku Akhir 4 Bintang RTM 2024: 

  1. Akmar Natasha – Pencuri Hati (Ayda Jebat) 
  2. Feka – Cinta Tak Keruan (Iwan) 
  3. Azumi – Di Amaran Mama (Hazama)
  4. Scha Nuril – Lovesick Girls (Blackpink) 
  5. Hady Huv – Tak Ada Logika (Agnes Monica)
  6. Shah Rezza – Aku Penghibur (Dato’ Jamal Abdillah)
  7. Roxy Ixzy – Hajat (Hael Husaini)
  8. Jon – Anak Kampung (Jimmy Palikat)
  9. Dhania – Damelo (Dolla)
  10. Joy – Seperti Mati Lampu (Nassar)
  11. Eylia Guntabid – Cinta Datang Lagi (Dina Nadzir)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem OPPA Pertaruh Pelakon Korea Tingkatkan Kesedaran Scammer

Founder Bulan Bintang Panggil Netizen ‘Tebuk’ Kilang, Periksa Kualiti Baju