in ,

Pelajar Luar Negara Berbahasa Melayu Warnai Sitkom KELAS SEBELAH Musim Ketiga

Jika dua musim terdahulu Kelas Sebelah hanya dibarisi pelakon tempatan, musim ketiga ini pula mereka menampilkan pelakon terdiri daripada pelajar luar negara yang menuntut di Malaysia. Kelainan ini antara daya program 13 episod karya dihasilkan penerbit dan pengarah Norsahlawani Wati Salleh, Unit Drama TV RTM.

Cha cha Maembong dan Arin Raja Lawak...turut berlakon

Pelajar Luar Negara Berbahasa Melayu Warnai Sitkom “Kelas Sebelah Musim Ketiga” di TV1

[dropcap]M[/dropcap]enampilkan gandingan mantap pelakon utama Didie Alias, Wan Raja, Arin Raja Lawak, Chacha Maembong, Najua P.Ramlee, Puovin, Mia Kisasa, Rina Avisha, Kaiho Rikambura dan Anas Albazirgan, sitkom sarat dengan pengisian ‘mempertajamkan’ penguasaan bahasa Melayu di kalangan penuntut luar negara di Malaysia ini disiarkan bermula 11 Mac ini, setiap Jumaat, pukul 10.30 malam menerusi saluran TV1.

Norsahlawani Wati Salleh berkata, penghasilan drama ini dibuat dengan begitu teliti apabila mereka turut mendapatkan khidmat pakar bahasa agar tidak menyimpang dengan matlamatnya selain penulis skrip Kelas Sebelah ialah bukan Melayu iaitu Loh Chung Tat yang diyakini dapat menarik perhatian penonton menyaksikan sitkom penuh info ini.

Kisahnya berlegar sekitar cerita mengenai Pusat Bahasa telah menganjurkan program pembelajaran Bahasa Melayu secara praktikal untuk remaja dari luar negara yang berhijrah ke Malaysia. Kelas ini dikendalikan oleh Cikgu Azhar, lakonan Wan Raja seorang guru yang amat berdedikasi dalam bidang kerjaya. Cuma sesekali, dia menghadapi tekanan yang mendesaknya untuk berkahwin. Puan Pengetua kolej itu iaitu Cik Elissa (Didie Alias) pula terkenal dengan sikap cerewet dan tegas.

Dia jatuh hati dengan Cikgu Azhar selepas melihat dedikasi guru tersebut. Malangnya, usia yang berbeza menyebabkan keadaan menjadi kekok dan sentiasa menimbulkan suasana yang melucukan.

Keadaan menjadi bertambah lucu apabila para pelajar di situ sentiasa cuba mengenakan Cikgu Azhar dengan Puan Pengetua. Begitu juga dengan Mak Yon dan Abang Puovin, pekerja di kolej itu yang turut mewarnakan lagi situasi dengan pelbagai kerenah mereka yang membuatkan penonton tidak kering gusi.

Di samping berdepan dengan pelajar-pelajar remaja antarabangsa yang pelbagai kerenah dan kekangan dalam mempelajari bahasa Melayu dalam pelbagai senario yang berbeza, siri ini juga akan menampilkan artis-artis undangan untuk menampilkan unsur hiburan yang maksimum, dalam turut mencapai matlamat komersil penerbitan sitkom ini.

penerbit dan pengarah Norsahlawani Salleh, Unit Drama TV RTM.

Wan Raja dan Didie Alias... watak utama

antara babak dalam Kelas Sebelah Musim 3

babak melibatkan penuntut luar negara

babak melucukan

penerbit dan pengarah Norsahlawani Salleh, Unit Drama TV RTM memberi arahan kepada pelakon

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cabaran Tema LAGU PITCH TINGGI Uji Kemampuan Peserta Bintang RTM

Filem KL GANGSTER Arahan Syamsul Yusof di TV2