in ,

Cepat & Tepat! Tonton 24 Jam Buletin TV3 di Laman Web Berita Harian

Kini, penonton TV3 dan juga pembaca surat khabar Berita Harian boleh mendapatkan berita terkini BULETIN TV3 dari dalam dan luar negara sepanjang 24 jam menerusi laman web Berita Harian di www.bharian.com.my bermula 1 Ogos 2021 ini.

Media Prima Berhad menjadi platform penting untuk rakyat Malaysia mendapatkan informasi terkini sementara kekal selamat duduk di rumah sepanjang wabak COVID-19 ini. Buletin TV3 komited dalam menyalurkan berita dan juga video terkini dari dalam dan luar negara menerusi beberapa slot berita iaitu Buletin Utama, Buletin 130, Nightline, Buletin Pagi dan Berita Terkini yang menjadi santapan rohani bagi penonton. 

Cepat & Tepat! Tonton 24 Jam Buletin TV3 di Laman Web Berita Harian
Cepat & Tepat! Tonton 24 Jam Buletin TV3 di Laman Web Berita Harian

Tonton Buletin TV3 di Laman Web Berita Harian

Untuk memastikan penonton TV3 tidak terlepas menonton berita yang disampaikan di platform televisyen, TV3 telah bergandingan dengan Berita Harian untuk melebarkan empayar Buletin TV3 ke laman web Berita Harian di www.bharian.com.my.

Gandingan kolaborasi strategik ini juga dapat memaksimumkan tontonan digital dalam kalangan pengguna yang mahukan berita terkini yang cepat dan sahih.

Maklumat terkini yang dikongsikan ini adalah meluas seperti topik-topik sosial, ekonomi, politik, sukan, human interest, teknologi, bisnes dan banyak lagi. 

Kini, penonton TV3 dan juga pembaca surat khabar Berita Harian boleh mendapatkan berita terkini dari dalam dan luar negara sepanjang 24 jam menerusi laman web Berita Harian di www.bharian.com.my bermula 1 Ogos 2021 ini.

Pastikan anda menonton klip-klip video terkini Buletin TV3 dan strim live Buletin Utama, Buletin 130, Buletin Pagi dan Nightline di laman web Berita Harian. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Padam Foto Lama Tak Bertudung, Imej Izara Aishah Berhijab Labuh Menarik Perhatian Netizen

Pengalaman Budiey Buka Kotak Samsung Galaxy A22 5G, Kamera Padu dengan Harga Mampu Milik