in ,

Buletin Utama Perkenal Pembaca Berita Baharu

Bertemakan ‘Merakyatkan Berita’, slot buletin TV3 akan mengembalikan format berita dari orang awam menerusi liputan dan segmen khas di semua platform siaran iaitu di televisyen dan media sosial.

Program berita termasuk beberapa rancangan terbitan TV3 bakal bersiaran dengan nafas baharu sempena tahun 2019 akan datang. Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad memperkenalkan empat penyampai baharu Buletin TV3, sejajar dengan matlamat untuk merakyatkan berita.

Pembaca Berita Buletin Utama
Empat Orang Pembaca Berita Buletin Utama Terbaharu Yang Lebih Segar

Perubahan ini sejajar dengan matlamat kita mahu merakyatkan berita, seiring dengan kebebasan media seperti yang dilaungkan kerajaan. Pembaharuan itu dapat dilihat menerusi set studio, montaj dan penyampai baharu bermula 1 Januari ini.

Menurut Pengarang Urusan Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa (NCA), Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Manja Ismail, beberapa segmen turut disiarkan semula bagi memberi peluang kepada masyarakat menyuarakan pandangan mereka.

Pembaca Berita Buletin Utama

“Program berita harus melaksanakan peranannya untuk menyampaikan maklumat, mendidik dan menghibur. Dengan mengambil kira perubahan yang berlaku di negara kita, wartawan penyiaran kami harus merasai denyut nadi rakyat dan menyampaikan berita yang memberi kesan kepada kehidupan masyarakat umum.

“Oleh itu, kami kembalikan Aduan Rakyat, khas untuk orang ramai yang ingin mengajukan aduan mereka ke perhatian pihak berkuasa melalui platform TV atau saluran YouTube, Facebook atau Twitter kami.

“Selain itu, segmen Apa Khabar YB akan memberi peluang kepada rakyat mengenali lebih dekat pemimpin kerajaan yang baharu.”

– Pengarang Urusan Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa (NCA), Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Manja Ismail

Dalam pada itu, pembaharuan tersebut akan bermula pada pukul 12 tengah malam, 31 Disember ini menerusi berita bahasa Inggeris, Nightline. Dikendalikan oleh Naquia Basharudin, yang sebelum ini mengendalikan segmen Berita Bizworld.

Pembaca Berita Buletin Utama

Bertemakan ‘Merakyatkan Berita’, slot buletin TV3 akan mengembalikan format berita dari orang awam menerusi liputan dan segmen khas di semua platform siaran iaitu di televisyen dan media sosial.

Selain itu, tiga wajah baharu pembaca berita diperkenalkan terdiri daripada Nik Munirah, Ramzan Mohd Saufi, Fatin Hamimah Yusof dan Naquia Basharudin. Buletin Utama menampilkan Nik Munirah Nik Hassan untuk segmen sukan, manakala Fatin Hamimah Yusof dan Ramzan M Saufi pula mengendalikan segmen berita utama.

Pembaca Berita Buletin Utama

“Kita mengambil kira pandangan penonton dan kemampuan sumber manusia untuk memantapkan lagi slot berita supaya terus menjadi pilihan ramai.

“Walaupun berdepan pelbagai cabaran dalam dunia kewartawanan, kita melihat pembaharuan ini sebagai keperluan dan pemangkin untuk terus membawa Berita TV3 dekat di hati penonton,”

– Pengarang Urusan Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa (NCA), Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Manja Ismail

Selaras dengan hala tuju merakyatkan berita, segmen Detik Niaga juga akan menumpukan kepada laporan mengenai kejayaan usahawan tempatan serta produk unik yang dihasilkan usahawan kecil dan sederhana, selain laporan pasaran dan sektor korporat.

Semoga Buletin Utama terus relevan dan mendapat tontonan yang tinggi di tahun akan datang.

Pembaca Berita Buletin Utama

What do you think?

71 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Agoda Reveals Where Everyone Is Headed To Ring In The New Year

Peraduan Menang Premium Edisi Terhad Disney’s Mary Poppins Returns