in , ,

Padam Foto Lama Tak Bertudung, Imej Izara Aishah Berhijab Labuh Menarik Perhatian Netizen

Pelakon Izara Aishah mengejutkan orang ramai apabila bertindak memadam semua foto yang memaparkan dirinya tidak bertudung dari laman Instagram miliknya.

Pelakon dan usahawan, Izara Aishah mencuri perhatian ramai netizen apabila tampil bertudung labuh di Instagramnya (IG).

Umum mengetahui bahawa Izara Aishah sering memuat naik mengenai kehidupan sehariannya menerusi laman media sosial. Malah wanita itu tidak kisah untuk berkongsi pendapat mengenai beberapa isu penting.

Terbaru, wanita itu mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik beberapa keping foto bertudung labuh di laman Instagram miliknya.

Padam Foto Lama Tak Bertudung, Imej Izara Aishah Berhijab Labuh Menarik Perhatian Netizen

Izara bagaimanapun telah menutup ruangan komen bagi perkongsiannya itu.

Penampilan pelakon jelita ini yang mengenakan jubah berwarna ungu berselfie di hadapan cermin menjadi tanda tanya. Apatah lagi apabila gambar-gambar lama dipercayai turut dipadam.

Baru sahaja satu jam dimuat naik, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 50,000 tanda suka. Bagaimanapun, ruangan komen perkongsian itu ditutup. Perkongsian itu juga dimuat naik tanpa sebarang kapsyen.

Untuk rekod, pelakon dan usahawan popular ini mendirikan rumahtangga dengan Muhammad Adib Khalid pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Irisa Alaia.

Kita doakan yang baik-baik buat Izara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Ada Je Tak Kena..” Siti Elizad Mula Bertudung, Akui Tidak Sempurna

Cepat & Tepat! Tonton 24 Jam Buletin TV3 di Laman Web Berita Harian